FAM Bebas Unsur Rasuah & Penyelewengan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini dilaporkan bebas daripada sebarang unsur rasuah, isu salah guna kuasa, serta penyelewengan seperti pernah ditularkan menerusi media sosial sebelum itu.

Ianya dilaporkan sendiri menerusi akhbar Berita Harian dengan menyatakan siasatan terdahulu sudah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah ada dakwaan dibuat kepada badan tersebut.

Antara jadi tumpuan pastinya terarah kepada projek pembinaan National Training Centre (NTC) yang bernilai RM25 juta serta tuduhan berat kepada pucuk kepimpinan FAM sendiri ketika itu.

Laporan itu turut menyatakan SPRM sudah pun menyiasat dua isu tersebut sebelum menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan susulan.

“SPRM menjalankan siasatan ke atas isu rasuah di FAM yang membabitkan pelaksanaan projek NTC di Putrjaya bernilai hampir RM25 juta.

“Kos pembangunan projek ini menggunakan dana yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Selain itu, SPRM juga menyiasat tohmahan dan dakwaan rasuah dalam penganjuran kongres FAM yang ke-60.

“Hasil siasatan terhadap dua isu ini sudah diselesaikan oleh SPRM dan dirujuk kepada TPR dan TPR berpuas hati dengan hasil siasatan berkenaan serta memutuskan kes sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

“Tiada sebarang isu rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dikesan dalam dua siasatan itu,” jelas laporan tersebut.

FAM Anggap Tuduhan Menerusi ‘Surat Layang’ Adalah Tidak Benar

Pada masa sama, Datuk Seri Hishamuddin Hashim selaku Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM turut mengesahkan kedua kes itu diputuskan NFA oleh TPR.

Walaupun begitu, Hishamuddin enggan untuk mengulas dengan lebih panjang berkenaan isu tersebut ketika ditanya lebih lanjut.

Sebelum ini, FAM tampil mempertahankan diri mereka kembali selepas beberapa tohmahan buruk dikeluarkan oleh satu surat layang misteri dengan menyatakan ia tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai tuduhan tersebut.

Menurut Rosmadi, isu dibangkitkan oleh kiriman surat layang itu tidak benar selepas beliau membaca segala tuduhan dikeluarkan termasuk membabitkan kepimpinan atas FAM sendiri.

Jelas beliau, segala dakwaan dikeluarkan termasuk mengenai isu tender untuk projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan dianggap cukup berat dan bakal memberi imej buruk buat FAM dalam kalangan ramai.

Malah, ia dianggap bakal menjadi salah satu asbab kepada pembangunan bola sepak di Malaysia selepas segala tuduhan dikeluarkan itu merosakkan nama baik FAM.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN