FAM Akui Harapan Penyokong Buat Bola Sepak Negara Kini Terlalu Tinggi

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui harapan diletakkan kini dalam kalangan penyokong skuad kebangsaan terlalu tinggi terutamanya membabitkan perlawanan di pentas antarabangsa.

Apa tidaknya, sekelompok besar penyokong Harimau Malaya meluahkan rasa amarah serta tidak berpuas hati dengan prestasi ditampilkan oleh pasukan kebangsaan sejak beberapa bulan ini menerusi media sosial.

Bermula dengan aksi hambar ditampilkan Malaysia ketika siri Kelayakan Piala Dunia 2026 sewaktu menentang Oman, prestasi hambar diteruskan pula oleh pemain bawah 23 (B-23) negara di pentas Piala Asia B-23 baru-baru ini.

Sepanjang berada di Qatar, Malaysia B-23 gagal untuk memberi sebarang impak positif daripada segi corak permainan di atas padang atau keputusan lebih baik sehingga menyaksikan mereka tersingkir awal.

Malah, skuad Harimau Malaya B-23 juga gagal untuk memungut sebarang mata daripada tiga perlawanan dihadapi serta mampu meraih satu jaringan sahaja pada aksi terakhir bertemu Kuwait.

Disebabkan itu, penyokong mula meluahkan rasa kecewa mereka serta ada sesetengah turut menuding jari kepada FAM atas keputusan mengaibkan tersebut.

Walaupun pelbagai tohmahan serta kritikan diberi, FAM mengambil setiap pendapat tersebut dengan hati terbuka serta sedia mengubah segalanya menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Ianya diakui sendiri oleh Datuk Wira Yusoff Mahadi selaku Timbalan Presiden FAM selepas beliau melihat pelbagai kritikan kini mula terarah kepada organisasi tersebut atas kegagalan Malaysia di penta Piala Asia B-23.

“Jika hendak kira sejak Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden FAM) mengambil alih jawatan, empat tahun lalu, kita sudah lihat progres untuk pasukan kebangsaan itu.

“Harus sedar pencapaian kita sekarang ini bukan lagi di peringkat ASEAN tetapi Asia. Sebenarnya harapan masyarakat sudah terlalu tinggi terhadap pasukan bola sepak kebangsaan kita.

“Bila ada sesuatu kejohanan di peringkat antarabangsa, mereka akan cepat mengambil tahu apa lagi jika keputusan dicapai kurang baik dan gagal,” kata Yusoff menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan FAM sedia untuk tampil lebih berusaha pada masa akan datang demi memenuhi harapan para peminat bola sepak kebangsaan.

“Walaupun perkara itu bukan mudah tetapi FAM kena melaksanakannya supaya pasukan kebangsaan dapat bersaing di pentas antarabangsa dengan baik dan berjaya.

“Pada saya, sikap masyarakat itu menunjukkan orang sayang kat kita (pasukan kebangsaan), prihatin dengan kita dan ini sesuatu yang harus dilihat secara positif oleh FAM,” kata Yusoff akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN