FAM Akui Hanya Kim Pan-gon & Juan Torres Garrido Ada ‘Kuasa’ Seru Pemain Warisan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil memberi penjelasan mengenai situasi semasa para pemain kacukan yang kini semakin ramai diperkenalkan beraksi di luar negara untuk diserap bersama pasukan kebangsaan.

Terdahulu, laman Future Talents di Instagram secara tiba-tiba menjadi fenomena apabila mereka berjaya mengesan serta memperkenalkan barisan pemain kacukan dari luar negara.

Beberapa pemain yang dilihat masih muda serta mewakili pasukan handalan di Eropah menjadikan segelintir penyokong di media sosial menggesa supaya FAM cepat mendapatkan khidmat mereka buat pasukan kebangsaan.

Apatah lagi Malaysia kini berkemungkinan akan melayakkan diri sekali lagi ke saingan Piala Asia 2027 dan persiapan awal dalam kalangan pemain muda berkualiti pastinya diperlukan untuk tampil memberi kekuatan baharu buat Harimau Malaya.

Walaupun begitu, FAM sendiri mengakui mereka sebenarnya telah memantau sekurangnya tiga pemain warisan untuk dibawa masuk menyertai kem kebangsaan masa akan datang.

Tetapi ia hanya akan berlaku jika diberi keizinan oleh Kim Pan-gon bersama jurulatih skuad bawah 23 (B-23), Juan Torres Garrido untuk dipanggil menyertai pasukan negara.

Jelas Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, badan tersebut sentiasa mengalu-alukan kehadiran pemain warisan baharu serta menghargai segala maklum balas melibatkan individu tersebut sebelum ini.

“Kita memang kenal pasti dan alukan jika ada maklumbalas berkaitan pemain kacukan di luar negara.

“Namun, semuanya bergantung kepada Pan-gon dan Torres untuk memilih mereka. Kita sudah bagi tiga atau empat pemain untuk dinilai,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan sendiri oleh Harian Metro.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Future Talents sebelum ini, ramai pemain warisan dianggap memiliki potensi cukup besar untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan di segenap posisi dan kini aktif bersama kelab masing-masing.

Antara nama yang hangat disebut dan kini berada dalam radar FAM ialah penyerang kelahiran Belanda yang mempunyai pertalian darah bersama Malaysia, Ferdy Druijf.

Pada usia 25 tahun, Ferdy dilihat sudah memiliki pengalaman cukup tinggi di Eropah untuk mewakili beberapa kelab seperti AZ Alkmaar, KV Mechelen, serta kini bersama SK Rapid di Austria serta beraksi di posisi serangan.

Selain itu, pemain-pemain lain yang turut mencuri perhatian termasuk penyerang muda Manchester United iaitu Ethan Joseph Wheatly yang baru sahaja berusia 18 tahun serta mempamerkan aksi berkualiti buat pasukan berkenaan.

Pada pandangan anda, pemain warisan dan posisi mana yang sepatutnya diberi perhatian oleh FAM serta kejurulatihan negara untuk diserap pada masa akan datang?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN