FAM Akui Gagal Di Piala AFF 2020, Akan Adakan Bedah Siasat

Hamidin Mohd Amin FAM Piala Dunia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui kegagalan mereka selepas skuad Harimau Malaya dihantar pulang dari kejohanan Piala AFF 2020 dengan penuh malu semalam.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan FAM, presidennya iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihak mengambil tanggungjawab penuh diatas kegagalan skuad negara di Singapura.

Beliau kemudiannya mengarahkan barisan pengurusan skuad kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat serta analisis terperinci mengenai prestasi prestasi pasukan.

“Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar juga mengatakan yang laporan tersebut akan diteliti terlebih dahulu sebelum dibentangkan dalam mesyuarat FAM kelak.

Skuad Harimau Malaya dihantar pulang oleh musuh tradisi, Indonesia dalam kekalahan memalukan 4-1 di Stadium Nasional semalam.

Walaupun mendahului menerusi gol R. Kogileswaran, tetapi Malaysia tumbang juga selepas memboloskan empat gol serta gagal bangkit.

Ini membuatkan Harimau Malaya menamatkan saingan kumpulan B Piala AFF 2020 ditangga ketiga dengan hanya mengutip enam sahaja dari empat perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN