FAM Akan Siasat Pengadil Perlawanan Pahang Menentang JDT

Baru-baru ini, pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap sikap pengadil utama ketika perlawanan Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Makmur.

Beliau mendakwa pengadil yang mengadili perlawanan tersebut disifatkan tidak mengamalkan nilai hormat dengan berkata sesuatu kepada pemain import mereka, Mauricio Dos Santos.

“Saya juga mahu bercakap mengenai isu hormat kerana pengadil telah berkata sesuatu kepada pemain luar negara kami, “pergi balik ke negara anda, kami tidak perlukan pemain luar negara seperti anda di sini,” katanya dalam laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

FOTO: JST

Mengulas mengenai isu tersebut, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya telah menerima aduan rasmi daripada wakil JDT dan akan minta penjelasan daripada pengadil tersebut, Mohd Zohri Tajuddin sebelum membuat sebarang tindakan.

Katanya bahagian undang-undang dan jawatankuasa pengadil FAM akan menentukan sebarang bentuk tindakan yang akan diambil setelah mendapat keterangan daripada kedua-dua pihak.

“Kami ada terima aduan rasmi daripada pasukan JDT berkaitan insiden baru-baru ini, namun adalah lebih adil jika kami mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Dalam perlawanan itu, pemain pertahanan mereka, Mauricio diperintahkan keluar padang setelah dilayangkan kad merah kerana mengasari penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme.

Malah, Figueroa turut tidak berpuas hati dengan prestasi pengadil garisan apabila jaringan Safawi Rasid tidak disahkan walaupun kedudukan bola kelihatan seperti telah melintasi garisan gol, namun gagal dikesan oleh pengadil.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun mahu setiap pasukan mengikut saluran yang sudah disediakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN