FAM Akan Putuskan Kedudukan Tan Cheng Hoe Pada Hari Selasa Ini

Setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan badan induk itu akan bermesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan (JPPK) pada hari Selasa ini untuk menentukan nasib ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Stuart berkata selain berbincang mengenai kedudukan jurulatih kebangsaan FAM turut akan berbincang mengenai beberapa perkara lain termasuk status kontrak jurulatih futsal lelaki negara, Chiew Chun Yong.

“Kita ada dua perkara utama yang akan dibincangkan, satu mengenai laporan semua ketua jurulatih bagi setiap peringkat umur termasuk skuad bawah 19 (B-19) bimbingan Bojan Hodak, Ong Kim Swee (B-23) dan Cheng Hoe (Harimau Malaya).

“Perkara kedua adalah perbincangan mengenai kontrak (beberapa) jurulatih yang sudah berakhir. Ia bukan saja membabitkan Cheng Hoe tapi juga jurulatih lain termasuk Chun Yong (futsal) dan pengendali skuad bola sepak wanita kebangsaan (yang berpangkalan) di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

“Jadi semua itu akan dibincangkan pada Selasa ini dan keputusan juga akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam bersama pengurus skuad kebangsaan, Datuk Yusuf Mahadi. FOTO: FAM

Meskipun Malaysia hanya bergelar naib juara Piala Suzuki AFF bulan lepas apabila tewas kepada Vietnam menerusi aggregat 2-3, namun Cheng Hoe berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh FAM iaitu mara ke final.

FAM dijangka akan melanjutkan kontrak Cheng Hoe dengan beberapa syarat baharu diberikan termasuk berbincang mengenai perancangan Harimau Malaya yang akan mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023 pada pertengahan tahun ini.

“Pada Selasa ini akan dibincangkan juga mengenai perancangan skuad kebangsaan, tapi tumpuan mungkin akan lebih diberikan kepada skuad Cheng Hoe dengan cabaran yang lebih hebat tahun ini.

“Malah skuad Kim Swee juga akan akan mengharungi kempen kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 tahun 2020 (Mac ini),” katanya.

Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada bulan Disember 2017 selepas Nelo Vingada meletak jawatan dan beliau dilihat berjaya membawa sedikit perubahan dalam prestasi semasa Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN