FAM Akan Lantik Jurulatih Luar Untuk Beri Didikan Kepada Jurulatih Tempatan

Hamidin

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal melakukan perkara yang dijangka memberikan jalan kepada para jurulatih di Malaysia untuk meningkatkan permainan mereka.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin pihak FAM menerusi Presiden FAM akan melantik kepakaran dari luar negara untuk memberi didikan kepada jurulatih tempatan.

Menerusi laman rasmi FAM, Hamidin menegaskan yang pihak FAM akan melantik jurulatih dari luar negara untuk memberikan didikan kepada para jurulatih tempatan yang menyertai Persatuan Jurulatih Malaysia.

Jelajah akan diadakan di seluruh negara dari negeri ke negeri dengan jurulatih luar itu akan memberikan tunjuk ajar kepada jurulatih tempatan tentang bagaimana hendak meningkatkan kualiti permainan mereka.

Tingkat kualiti pengadil

Selain daripada itu, pihak FAM juga mahu tingkatkan kualiti pengadilan di negara kita.

Menurut Hamidin, FAM bakal mengadakan mesyuarat bersama para pengadil pada Selasa (11 April 2017) mengenai potensi untuk menggunakan teknologi VAR atau Video Assistant Referee.

Teknologi VAR ini dijangka mampu memberikan bantuan yang cukup baik kepada para pengadil dalam memastikan perlawanan diadili dengan baik memandangkan mutu pengadilan di negara kita sering dianggap lemah oleh semua pihak.

Teknologi VAR telah melalui beberapa kali proses percubaan dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa.

Antara yang menjadi kelemahan kepada teknologi ini adalah masa yang diambil terlalu lama oleh pengadil untuk mendapatkan keputusan yang tepat dari VAR ini.

Baca juga: Para Pemain Serie A Bersatu, Rayu Hentikan Keganasan Di Syria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN