Rusia 2018: Falcao Anggap Pengadil Berat Sebelah, Hanya Memihak Kepada England

Wah, ini satu tuduhan yang berat.

Penyerang Colombia, Radamel Falcao nyata berang dengan gerak geri serta keputusan yang dilakukan oleh pengadil Mark Geiger semasa perlawanan Piala Dunia 2018 menentang England.

Pengadil dari Amerika Syarikat itu nyata bukanlah individu yang disukai oleh para pemain Colombia pada perlawanan pagi tadi.

“Jujur saya katakan, banyak keputusan beliau yang cukup meragukan.”

“Beliau hanya bercakap bahasa Inggeris, jadi pastinya ada unsur berat sebelah di mana-mana.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 03: Referee Mark Geiger looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Colombia and England at Spartak Stadium on July 3, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Falcao mengakui Geiger banyak menggangu permainan dan keputusan yang dilakukan pengadil itu jelas tidak memihak mereka.

“Pengadil banyak menggangu kami. Dalam situasi 50-50 pastinya beliau akan tiup wisel dan bagi sepakan percuma kepada England.”

“Perkara ini memalukan dan tak sepatutnya berlaku dalam pusingan kalah mati Piala Dunia. Beliau tidak bertindak sama rata terhadap kedua-dua pasukan.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 03: Radamel Falcao of Colombia confronts referee Mark Geiger during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Colombia and England at Spartak Stadium on July 3, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Dalam perlawanan itu, Colombia mencatatkan 23 kesalahan daripada 36 kesalahan keseluruhan dalam perlawanan ini.

Mereka turut mengutip 6 kad kuning manakala England hanya mengutip 2 kad kuning sahaja.

Geiger sebelum ini pernah menjadi tumpuan di atas aksi yang kurang menyakinkan semasa perlawanan peringkat kumpulan.

Beliau dilaporkan banyak melakukan keputusan yang meragukan semasa perlawanan di antara Maghribi dan juga Portugal.

Malah, beliau juga dituduh meminta untuk mendapatkan jersi dari pemain Portugal.

Walaupun keputusan pengadil tidak memihak kepada mereka, namun Colombia berjaya memberikan tentangan sengit kepada England.

Mereka berjaya mengheret England ke penentuan sepakan penalti namun mereka tewas dengan keputusan 4-3.

Ia merupakan kali pertama England memenangi penentuan sepakan penalti dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN