Beberapa hari lalu suasana bola sepak di Asia Tenggara dikejutkan menerusi berita perpisahan melibatkan jurulatih berpengaruh, Park Hang-seo bersama Vietnam.
Pengendali tersebut dikhabarkan akan menamatkan tugas beliau sehingga saingan Piala AFF 2022 ini dan selepas itu beliau tidak akan lagi menguruskan skuad kebangsaan tersebut.
BREAKING!
VFF confirmed that Park Hang-Seo will leave the position as head coach of Vietnam's national team 🇻🇳 on 31/01/23!
Therefore, the AFF Cup 2022 will be his last tournament.Thank you Mr. Park for everything you've accomplished to Vietnam's football progress! 🇻🇳🇰🇷 pic.twitter.com/qJnvM18U1O
— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) October 17, 2022
Pelbagai persoalan timbul ketika itu apabila secara tiba-tiba pengendali dari Korea Selatan itu tidak lagi bersama Vietnam tatkala prestasi pasukan tersebut sedang memuncak.
Namun, wakil jurulatih tersebut iaitu Lee Dong-jun telah pun memberi alasan sebenar mengapa Hang-seo tidak lagi menyambung kontrak lanjutan bersama Vietnam.
Menurut beliau, Hang-seo dikatakan telah mengalami tekanan yang luar biasa sepanjang mengurus skuad kebangsaan itu selain tidak banyak masa dirinya bersama keluarga.
“Hang-seo bukan lagi seseorang yang masih muda ketika ini, beliau sudah berusia. Beliau ingin menghabiskan banyak masa bersama keluarga kini.
“Semua orang berdekatan beliau pastinya menyedari tekanan dihadapi Hang-seo sepanjang sesi latihan skuad kebangsaan,” jelas Dong-jun menerusi CNN Indonesia.
Pada masa sama, Dong-jun juga menyatakan pengendali berusia 65 tahun itu juga memikirkan masa depan beliau bersama Vietnam dengan tempoh masa yang agak panjang.
Park Hang Seo Dipastikan Kena Mental di Timnas Vietnam https://t.co/lC9Gr1ayO1
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) October 22, 2022
“Beliau memerlukan masa yang sangat lama, mungkin berbulan-bulan sebelum memutuskan untuk tidak lagi bersama Vietnam.
“Rasanya Hang-seo sudah pasti memastikan segalanya yang terbaik buat bola sepak Vietnam sebelum meninggalkan pasukan tersebut,” ulas beliau.
Selain itu, Dong-jun juga memastikan keputusan tersebut tidak akan mempengaruhi persiapan Hang-seo bagi saingan Piala AFF yang bakal bermula tidak lama sahaja lagi.
“Perkara ini sudah pun dibincangkan dengan baik membabitkan Hang-seo dan pihak pengurusan.
“Mungkin ketika ini ada beberapa pemain yang masih terkejut dan keliru dengan perkara ini, tetapi ianya tidak akan menjejaskan persiapan mereka untuk Piala AFF,” tambah Dong-jun.
Ketika ini, beberapa nama jurulatih luar sudah pun dikaitkan bersama Vietnam untuk menggantikan Hang-seo serta membawa cabaran saingan tahun hadapan.
Mengenal Philippe Troussier, Calon Pelatih Baru Timnas Vietnam yang Seorang Mualaf https://t.co/t2QtDMa8SH
— Berita Olahraga (@twit_olahraga) October 22, 2022
Antara yang dikaitkan ialah bekas jurulatih Qatar dari Perancis iaitu Philippe Troussier serta beberapa nama pengendali lain lagi turut terkait.