Faktor Stamina Pemain Jadi Punca Kelantan United Lemas Di Tangan JDT

Saingan Liga Super telah pun berlangsung semalam dengan membabitkan satu perlawanan sahaja antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan United yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Pada perlawanan tersebut, JDT sekali lagi meraih kemenangan besar sebanyak 6-0 untuk mengatasi pelawat yang langsung tidak dapat mencipta sebarang peluang berbahaya.

Paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada penyerang kebanggaan JDT iaitu Bergson da Silva, selepas beliau cemerlang mencatat hatrik pada perlawanan tersebut.

Selain itu, tiga gol lagi diledak oleh Fernando Forestieri sebanyak dua jaringan serta satu daripada pemain tengah berpengaruh mereka iaitu Leandro Velasquez.

Pada perlawanan tersebut, JDT mempamerkan kualiti permainan terlalu jauh untuk diatasi pelawat yang tampil dengan serba kekurangan di segenap posisi.

Jurang permainan antara kedua pasukan terserlah sejak wisel perlawanan ditiupkan oleh pengadil dengan Kelantan United lebih banyak bertahan daripada cuba melakukan serangan.

Terdapat tiga faktor yang menyebabkan Kelantan United kelihatan begitu mudah diatasi oleh tuan rumah yang tampil garang sejak awal permainan berlangsung.

Stamina Kelantan United tidak cukup hadapi JDT

Sepanjang perlawanan berlangsung, Kelantan United menghadapi masalah dalam mengekalkan stamina terbaik untuk terus menyaingi pasukan lawan.

Beraksi dalam perlawanan berintesiti tinggi, ianya jelas memberi masalah kepada pemain-pemain senior seperti Indra Putra Mahayuddin serta Syazwan Zainon.

Malah, kelemahan stamina para pemain Kelantan United jelas begitu dirasai terutama pada aksi separuh masa pertama yang memberi peluang besar buat JDT mendapatkan gol.

Tiada kreativiti lebih bagus untuk cuba mengejutkan JDT

Kelantan United jelas bermain tanpa pelan yang lebih kukuh untuk sesekali cuba mengejutkan tuan rumah ketika mempunyai peluang serangan balas.

Tanpa pemain yang mampu menjadi hub kreativiti mereka dalam mencorakkan permainan, Kelantan United jelas lebih banyak terikut-ikut dengan rentak dipamerkan oleh JDT.

Malah, mereka lebih banyak mengharapkan kepada kualiti individu untuk cuba mendapatkan gol dan setiap hantaran dibuat sering mudah dibaca oleh pihak lawan.

Kualiti serangan JDT terlalu tajam

Pada perlawanan tersebut, JDT mempertaruhkan tiga pemain serangan mereka yang ditugaskan untuk merobek gawang gol pelawat iaitu Forestieri, Bergson, serta Arif Aiman Hanapi.

Ketiga tonggak tersebut berjaya menampilkan kombinasi permainan yang cukup baik untuk menewaskan pertahanan lawan, walaupun Kelantan United mempertaruhkan ramai pemain di kawasan sendiri.

Malah bantuan daripada pemain lain seperti Leandro dan Oscar Arribas juga melancarkan lagi serangan bertali arus yang dicipta tuan rumah untuk memberi tekanan buat pelawat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN