Faktor Pemakanan Antara Perkara Dititikberatkan Duo PKNS FC Sepanjang Ramadan

Pemain tengah PKNS FC, Akram Mahinan berpandangan adalah satu kerugian jika Liga Malaysia diberhentikan sepanjang bulan Ramadan ini kerana boleh menjejaskan prestasi dan momentum pemain selepas mengharungi separuh musim saingan liga.

Jelasnya, jika mampu mengawal faktor pemakanan selain mendapat rehat secukupnya, tiada masalah buat mana-mana pemain untuk beraksi di tahap terbaik sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

“Bagi saya ada kebaikan liga dijalankan pada bulan puasa kerana jika kalau hendak dihentikan selama sebulan, lambat dan susah buat pemain mendapatkan balik prestasi selepas beraksi beberapa bulan ini.

“Apa yang penting sebenarnya terletak pada diri sendiri iaitu bagaimana seseorang pemain itu menjaga pemakanan, kecergasan dan waktu tidur yang cukup.

“Cara pemakanan paling penting ketika berbuka adalah tidak mengambil makanan berat dan banyak, selepas latihan, baru ambil dengan banyak agar tidak menjejaskan rentak kita semasa berlatih, ” katanya.

Pandangan Akram turut disokong pertahanan berpengalaman PKNS, Shahrom Kalam, yang berasakan tiada perbezaan ketara buat dirinya sama ada bermain di bulan puasa atau di waktu biasa.

“Puasa atau tidak, bagi saya sama sahaja. Sebagai contoh jika katakan sesuatu pasukan itu berada di momentum terbaik dan tiba-tiba liga dihentikan, memang satu kerugian.

“Mungkin dalam perlawanan pertama akan sedikit terasa, kesan daripada berpuasa tetapi selepas itu tiada masalah untuk beraksi bila badan kita sudah biasa.

FOTO: PKNS FC

“Bagi saya mewakili kawan-kawan yang lain di PKNS, tiada masalah liga kita berjalan sepenuhnya pada Ramadan ini, ” katanya yang ditemui pada sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan PKNS, baru-baru ini.

Liga Malaysia akan terus dijalankan sepanjang bulan Ramadan dengan tiga perlawanan Liga Super dan tiga perlawanan Liga Premier akan berlangsung selain suku akhir kedua Piala FA.

Badan pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) mahu pastikan jadual perlawanan tidak begitu padat yang boleh jejaskan prestasi pemain jika aksi Liga Malaysia dihentikan pada bulan Ramadan ini.

PKNS bakal bertandang ke Stadium Darul Aman hadapi Kedah pada suku akhir kedua Piala FA dengan harapan cuba mahu memadamkan defisit dua gol dimiliki tuan rumah selepas tumbang 1-3 di laman sendiri pada 30 April lalu.

Tambah memeritkan, PKNS akan ke Alor Setar dengan krisis di bahagian pertahanan tanpa beberapa pemain utama seperti Tamirlan Kozubaev yang digantung perlawanan manakala Nicholas Swirad dan Muhd. Ariff Farhan Md. Isa mengalami kecederaan.

Namun, kedua-dua pemain, Akram dan Shahrom tidak mahu jadikan kekurangan itu sebagai alasan sambil percaya mereka boleh lakar kejutan di Darul Aman.

“Dalam bola sepak tiada apa yang mustahil, kami kena kuatkan rasa percaya dalam diri sendiri yang kami boleh lakar tiga jaringan di tempat lawan dan masa masih ada 90 minit, ” kata Akram.

Sementara Shahrom pula berasakan mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana semua mata akan tertumpu kepada Kedah yang menjadi pilihan untuk mara ke separuh akhir.

“Saya percaya kami boleh dapatkan keputusan di luar jangkaan di Kedah kerana selepas keputusan tempoh hari, tiada siapa meletakkan harapan kepada kami tetapi situasi itu yang baik kepada pemain-pemain kerana akan turun tanpa sebarang tekanan, ” kata Shahrom

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN