Tumpuan para peminat bola sepak di Malaysia nampaknya sedikit unik pada aksi persahabatan membabitkan pasukan negara menentang Laos yang telah pun berlangsung semalam di PAT Stadium.
Pada aksi tersebut, skuad kendalian Pau Marti Vicente berjaya meraih kemenangan ke atas lawan menerusi keputusan penuh 3-1 bersama aksi bercampur baut untuk terus diperkatakan.
Tiga jaringan Malaysia terhasil menerusi ledakan bintang muda Selangor iaitu Harith Haiqal, Stuart Wilkin, bersama sentuhan akhir daripada Sergio Aguero untuk memastikan kemenangan digenggam skuad kebangsaan.
Walaupun meraih kemenangan, tumpuan peminat di media sosial sedikit unik apabila mereka lebih banyak memberi pendapat mengenai keadaan padang di stadium tersebut.
Ketika aksi berlangsung, hujan lebat turut mengiringi suasana di stadium itu dengan sangat lebat sekali sehingga menyebabkan keadaan padang bertakung.
Baik Harimau Malaya atau Laos, kedua pasukan gagal memberi aksi yang lebih baik dek kerana permukaan padang yang begitu teruk sehingga menjejaskan pergerakan bola.
Kesukaran itu berlanjutan sehingga ke wisel penamat di separuh masa pertama dengan skuad kendalian Pau Marti gagal memberikan aksi yang lebih baik.
Menerusi tinjauan kami di media sosial, rata-rata tampil memberi kritikan dan komen berbaur sinis kepada keadaan padang di stadium itu yang dianggap merencatkan sedikit aksi tersebut.
“Permainan yang sungguh menghiburkan, macam main petang-petang Liga Kodiang. Rancak elok main dalam hujan,” komen Mad Raider di Facebook.
“Memang musim hujan sekarang, bukan Malaysia jeee. So redho je lah padang banyak bertakung musim musim ni,” ulas Nik Paming pula mengenai aksi yang berlangsung tersebut.
“Bising apa engkorang..main padang becak jangan banyak bunyik la. Suruh main short pass ka main cantik ka, tengok ja la main cara Kampong pumm Sana pumm sini..,” sindir Jai Faizal pula.
Selain itu, pelbagai lagi komen berkenaan padang menghiasi ruangan media sosial mengenai aksi tersebut dan beberapa pujian turut diberikan kerana sistem pengaliran di Thailand dianggap sangat baik kerana permukaan padang tampil lebih okey di separuh masa kedua.
Untuk aksi seterusnya, Malaysia bakal menghadapi India pula dan lawan tersebut dianggap jauh lebih kuat jika dibandingkan bersama Laos semalam.
Foto: FAM