Faktor Moses Atede Jadi Pilihan Utama Aidil Sharin Bersama Kuching City

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengendali Kuching City iaitu Aidil Sharin Sahak tampil memberi sebab mengapa beliau menandatangani khidmat pemain tengah kebangsaan Bahrain pada jendela perpindahan kedua Liga Super 2024/2025.

Terdahulu, Kuching City sah memperkenalkan Atede selaku pemain import baharu mereka selepas Aidil pernah menyatakan kepada Semuanya BOLA terdahulu bakal menandatangani seorang lagi tonggak untuk kuota tersebut.

Nama Atede bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia, selepas beliau tampil begitu menyerlah sejak penyertaannya bersama Sang Kenari pada pertengahan musim lalu.

Sepanjang bersama Kedah, Atede telah beraksi untuk 11 perlawanan serta merekodkan satu gol bersama satu bantuan jaringan secara keseluruhan bersama impak cukup positif.

Beraksi selaku pemain tengah bertahan, Atede telah mempamerkan kualiti bacaan bola cukup baik untuk meneutralkan ancaman lawan serta tenang mencipta hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan.

Malah, Atede juga menjadi salah satu pemain penting buat skuad kebangsaan Bahrain ketika dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar lalu termasuk aksi berdepan Harimau Malaya.

Menerusi pengalaman serta kualiti dimiliki beliau, maka ia menjadi suatu yang sangat baik buat Kuching City untuk mendapatkan salah satu pemain tengah berkelas tinggi dari Asia.

Menerusi pertanyaan kami kepada Aidil Sharin, beliau berharap supaya segala kelebihan dimiliki Atede dapat digunakan dengan baik untuk membantu kelemahan pasukan pada masa hadapan.

“Kita memerlukan Atede untuk memperkukuhkan kembali kelemahan utama pasukan yang bakal diisi oleh beliau pada aksi akan datang iaitu tengah bertahan.

“Saya harap, kehadiran pemain kebangsaan Bahrain itu dapat membantu pasukan daripada segi kestabilan serta menyumbang segala pengalaman dimiliki,” ujar Atede kepada Semuanya BOLA.

Di posisi tengah, Aidil dilihat bakal menggandingkan Atede bersama pemain kebangsaan Namibia iaitu Petrus Shitembi untuk memberi keseimbangan daripada segi serangan serta pertahanan.

Malah, Danial Amier juga bakal menjadi titik penting pasukan untuk mengawal tempo permainan serta mencipta hantaran-hantaran berkualiti kepada para pemain serangan.

Kehadiran Hazwan Bakri dan Ramadhan Saifullah juga dianggap mampu menambah sengat serta kreativiti serangan Kuching City untuk meneruskan perjuangan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN