Faktor Kreativiti Halang Kedah Untuk Cipta Kebangkitan Di Paroi

Kedah Darul Aman (KDA) telah pun menamatkan musim suram mereka kali ini dengan pulang lebih awal pada saingan Piala Malaysia 2022 setelah diatasi oleh Negeri Sembilan.

KDA gagal untuk mencipta kebangkitan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, apabila keputusan penuh menyaksikan kedua pasukan sekadar terikat seri tanpa jaringan.

Sebelum itu, pasukan kendalian Victor Andrag ini merekodkan kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pertama di Stadium Darul Aman (SDA).

Tampil di Paroi, KDA tidak mempunyai sebarang pilihan untuk mencatat jaringan serta memburu kemenangan untuk menghidupkan peluang ke suku akhir.

Tekanan Negeri Sembilan tidak begitu dirasai, apabila mereka cuma perlu seri tanpa jaringan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya pada musim ini.

Beberapa kelemahan KDA dikesan pada aksi tersebut yang menjadi sebab mengapa mereka gagal untuk mengatasi Negeri Sembilan di gelanggang lawan.

Kreativiti serangan tiada

KDA jelas tidak mempunyai pelan permainan yang lebih menyakinkan sepanjang 90 minit aksi berlangsung, terutama sekali di bahagian serangan.

Gandingan Fayadh, Mahmoud Al-Mardi, serta Ronald Ngah Wanja jelas tidak begitu menonjol dan gerakan cuba dicipta sering dapat diteka pihak lawan.

Malah, Ronald Ngah sendiri tidak banyak dapat dilakukan beliau, setelah setiap masa pemain tersebut sentiasa diapit sekurangnya dua pertahanan lawan untuk mematikan ancamannya.

Pemain seperti Fayadh dan Al-Mardi pula, kedua pemain ini tidak banyak mencipta gerakan berpasukan selain mudah kehilangan bola ketika ditekan lawan.

Posisi tengah yang tidak stabil

Tanpa Sanrawat Detchmitr sebagai pemain kesebelasan utama, KDA mempertaruhkan gandingan antara Dechi Marcel bersama Fadzrul Danel, dan Aiman Afif di bahagian tengah untuk menjadi nadi utama pasukan.

Namun ketiga pemain ini jelas agak pasif dari segi persefahaman, serta membuka terlalu banyak ruang buat pemain lawan menguasai sepanjang aksi berlangsung.

Dominasi perlawanan juga jelas memihak kepada pasukan tuan rumah selain pemain tengah KDA lebih banyak bertumpu di bahagian pertahanan berbanding memberi pilihan di posisi serangan.

Kerapuhan benteng pertahanan

Sejak awal perlawanan berlangsung, KDA jelas sangat goyah di bahagian pertahanan untuk menyerap segala asakan lawan.

Meskipun tidak bolos, secara keseluruhan KDA lebih banyak bertahan dan posisi tersebut jelas kerap dieksploitasi serangan lawan untuk mencipta peluang berbahaya.

Kerapuhan itu walau bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh aksi cemerlang penjaga gol KDA, Ifwat Akmal yang bertungkus lumus menafikan segala percubaan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN