Faktor Kewangan Jadi Masalah Utama Bola Sepak Di Malaysia

Saingan bola sepak negara kini dilihat semakin pesat ke hadapan dengan setiap kelab mula berubah menjadi lebih baik secara keseluruhannya jika dilihat secara mata kasar.

Malah, faktor tersebut juga dilihat memberi sumbangan terbaik kini buat skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sehingga mula mendapat perhatian dalam dan luar negara.

Walaupun begitu, masih ada pelbagai masalah yang dihadapi untuk suasana bola sepak negara kini dan daripada dapatan responden para peminat, beberapa faktor dikesan oleh Semuanya Bola di media sosial X.

Sikap tak profesional sesetengah pengurusan kelab

Harusi diakui, saat setiap pasukan sudah pun mula berubah kepada penswastaan, masih ada segelintir pengurusan kelab masih bersikap kurang profesional.

Kami di sini merumuskan isu tersebut mencangkupi daripada pelbagai elemen seperti pengurusan kewangan, penajaan, serta tawaran kontrak kepada pemain.

“Penuhi Hak Pekerja Dalam Islam” – Presiden Kelantan United Didesak Selesaikan Masalah Tunggakan 4 Bulan Gaji

Malah, disebabkan sikap tidak profesional pengurusan menjadikan prestasi pasukan juga tidak memberansangkan.

Pengurusan kewangan

Kebanyakan pasukan pada musim ini mengalami isu kewangan yang boleh dikatakan cukup memalukan liga bola sepak Malaysia di luar negara.

Faktor pengurusan kewangan bermula selepas pembelian serta tawaran gaji yang diberi kepada pemain tidak terbatas dan menyebabkan mereka gagal untuk bertahan sehingga saingan liga berakhir.

Kelantan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur City (KL City), dan Kedah Darul Aman (Kedah) menjadi bukti pengurusan kewangan dibuat mereka masih lemah dan mengganggu rentak para pemain ketika aksi liga masih berlangsung.

Salah satu komen daripada pengguna media sosial X iaitu Negative 25 turut menyatakan, “Nak Jadi Juara dengan Cara Paling singkat.
Contoh:- ada 50juta. Labur ambil semua hebat-hebat, sekali tak menjadi. Rugi tok sah nak kata banyak mana. Pastu melingkup. Pastu team tu hutang setengah dekad. Pastu tak habis-habis. Repeat.”

Sesetengah komen lain turut mengulas tentang isu pembangunan bola sepak tempatan yang lemah, kebajikan buat pasukan, serta sikap sesetengah pemain sendiri dianggap tidak profesional.

“Padang cow grass yg digunakan utk kejohanan MSSD, kejohanan akar umbi berbentuk karnival berbanding liga kompetitif dan passion pentadbir bola tak kuat dan tak kreatif,” Syafiq Hamzah.

“Ade team yang kebajikan player tak dijaga, main nak suruh straight menang tapi gaji sangkut. Mana la player nak ada motivasi nak menang, anak bini nak makan,nak bayar bil umah,kereta dan lain-lain. Pemain yang bagus pon boleh jadi menurun kalau situasi mcm ni dalam pasukan,” theonlyWan.

“Kita masih menganggap bola sepak hanyalah 1 sukan. Di barat, bola sepak sudah menjadi 1 industri yg menyumbang kepada pendapatan negara,” Kery De Bruyne.

“Player overpaid, tapi liga takda value komersil. takda orang nak tengok kat TV mahupun kat stadium. kalau bukan jdt yang main, average attendance tak sampai 10% stadium. Pasukan yang bertanding struggle nak cari income hanya untuk sustain dalam liga,” Khairil Rizal.

Kebanyakan komen yang diberikan oleh peminat bola sepak negara berkisarkan kewangan baik daripada segi tunggakan gaji, bayaran secara berlebihan kepada pemain, serta saingan liga tempatan sendiri kurang komersil.

Secara keseluruhan, kelab di Malaysia sendiri perlu menilai keadaan kewangan mereka sebelum berbelanja dan meletakkan sasaran sendiri sebolehnya untuk mereka mengeluarkan dana sebaik mungkin.

Malah, pengenalan gaji siling sebenarnya sudah boleh dilakukan sebenarnya jika mengambil kira kebanyakan pasukan sejak beberapa musim ini mengalami isu tunggakan gaji dalam kalangan pemain.

MFL Sahkan Hanya 2 Pasukan Alami Masalah Tunggakan Gaji

Namun jika ianya tidak boleh dilakukan oleh pengelola liga, adalah lebih baik untuk mereka sendiri melihat struktur kelemahan perlu diperbaiki saban musim bagi mengelakkan situasi sama berulang pada tahun akan datang mengenaibisu tunggakan gaji.

Lain-lain permasalahan jika anda ingin luahkan tentang masalah bola sepak negara, sila pergi ke media sosial kami di X dan jelaskan segalanya mengikut pandangan tersendiri sebagai perkongsian umum.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN