“Faktor Kecederaan Penyebab Rancangan Jadi Rumit” – Christophe Gamel

Pengendali utama Sri Pahang, Christophe Gamel mengambil pendekatan positif mengenai skuad kendaliannya, meskipun beberapa perancangan beliau sepanjang pramusim ini dilihat tidak begitu berjalan lancar seperti yang diinginkan sebelum Liga Malaysia (Liga-M) bermula.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Fiji itu menjelaskan pada mulanya segala berjalan lancar seperti diatur beliau terutama sekali sewaktu menjalani kem latihan pusat di Muadzam Shah, Rompin dengan para pemain bebas dari sebarang kecederaan.

“Namun, faktor kecederaan beberapa pemain menyebabkan segala yang dirancang menjadi rumit tetapi ia perlu diteruskan.

“Memang untuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemain tidak seperti yang diinginkan tetapi saya tetap gembira.

“Ini kerana saya dapat menguji pemain muda terutama ketika aksi persahabatan di Terengganu baru-baru ini,” katanya menerusi Harian Metro.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai beberapa pemain muda yang bakal diketengahkan pada musim ini dalam skuad utama, pengendali berusia 50 tahun itu turut menjelaskan mengenai segelintir pemain dari skuad Piala Presiden telah disenaraikan untuk menyarung jersi pasukan senior.

Menurut Gamel, pada musim ini beliau telah membawa empat pemain muda dari skuad Piala Presiden musim lalu untuk memperkuatkan pasukan serta ada beberapa nama pemain muda lagi sedang dipantau sebelum menyertai saingan liga musim ini.

“Diharapkan musim ini semua pemain termasuk import dapat memberikan persembahan yang terbaik buat pasukan,” katanya.

Untuk sasaran pasukan, Sri Pahang musim ini menyasarkan diri mereka untuk berada dalam lima pasukan terbaik Liga Super.

Sasaran tersebut dibuat setelah mengambil kira pasukan tersebut yang kini sudah melalui beberapa fasa perubahan untuk menghadapi saingan Liga M berdasarkan ramai muka baharu menyertai kelab tersebut.

Musim ini, selain berdepan cabaran kuat daripada pasukan-pasukan lain yang dilihat telah membuat persediaan rapi dalam menyediakan skuad terbaik, Sri Pahang juga bakal berdepan dengan wabak Covid-19 yang bakal menuntut mereka untuk lebih berdisiplin bagi membendung penularan dalam kem pasukan.

Sri Pahang telah menyenaraikan lima import mereka pada musim ini untuk memperkuatkan pasukan dengan Manuel Hidalgo dikekalkan selain pemain baharu iaitu Johan Martial, Mahmoud Za’tara, pemain bintang dari Laos iaitu Billy Ketkeophomphone, dan penjaga gol import, Mamadou Samassa.

Dua pemain yang bakal dinaturalisasi skuad tersebut ialah pemain tengah, Lee Tuck dan Sergio Agueor yang musim lalu masing-masing dipinjamkan ke kelab lain.

Mereka juga telah menandatangani pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley yang beraksi untuk Penang musim lalu selain Sean Gianelli dan Nick Swirad juga bakal memperkuatkan pasukan tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN