Fajr Ibrahim Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Kelantan

Fajr Ibrahim sebelum ini mengambil langkah drastik sebelum jendela perpindahan dibuka. Ramai pemain dilepaskan kerana tiada dalam perancangan beliau termasuk Badhri Radzi dan juga Khairul Fahmi.

Pada awalnya, Fajr Ibrahim dilantik menjadi pengarah teknikal pasukan Kelantan. Tetapi tidak lama kemudian KAFA melantik beliau sebagai ketua jurulatih.

Pada tengah hari tadi, Nadi Arena melaporkan pengendali pasukan Kelantan ini meletak jawatan sebagai ketua jurulatih hanya selepas 3 perlawanan. Beliau gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tempoh tersebut.

Namun Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan meminta semua pihak tidak menimbulkan sesuatu isu tanpa melalui kenyataan rasmi oleh beliau.

Kelantan kini masih bergelut dengan zon penyingkiran. Fajr Ibrahim dilantik menggantikan Sathit Bensoh.

Buat masa ini, KAFA masih belum membuat kenyataan tentang perkara itu, sama ada Fajr Ibrahim sudah menghantar surat perletakan jawatan, dan adakah perletakan jawatan itu diterima.

Ramai juga penyokong Kelantan risau dengan perletakan jawatan ini akan memberikan impak kepada kem pasukan Kelantan. Ini kerana, terlalu kerap bertukar jurulatih. Lagipun kesepekatan di antara Fajr dan KAFA sebelum ini sudah dicapai.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN