Fajr Ibrahim Hamburkan Pujian Kepada ‘Ubi Muda’ Kelantan

Kelantan

Kemenangan bergaya skuad Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 4-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin mendapat pujian menggunung daripada ketua jurulatih pasukan itu, Fajr Ibrahim.

Ia merupakan kemenangan su­lung jurulatih dari Syria itu sejak dilantik sebagai pengendali baharu skuad The Red Warriors (TRW).

Bercakap kepada kosmo, Fajr menghamburkan pujian ke atas barisan ‘ubi muda’ yang telah memperagakan aksi menakjubkan sepanjang perlawanan tersebut.

Fajr Ibrahim mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sejak bulan lepas. FOTO: KAFA

 

“Saya akui faktor pengalaman membezakan pasukan Kelantan dengan lawan, namun itu bukan masalah besar buat TRW.

“Saya yakin dan percaya perkara itu akan hadir apabila kita menghadapi lebih banyak perlawanan selepas ini. Jadi, saya harap barisan pemain teruskan belajar untuk menimba lebih banyak pengalaman yang akan mematangkan mereka suatu hari nanti,” katanya.

Fajr turut menjelaskan beliau ke Kelantan untuk menggilap bakat-bakat muda dalam usa­ha memulihkan semula maruah TRW pada masa depan.

“Saya datang ke Kelantan bukan kera­na wang tetapi kerana melihat potensi yang ada pada pasukan ini.

“Berikan sedikit masa kepada saya untuk membentuk sebuah pasukan mantap dengan ramuan pemain yang ada ketika ini,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN