Fajr Ibrahim Buat Pusingan U, Jelaskan Kenapa Letak Jawatan

Semalam Fajr Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan hanya selepas 3 perlawanan mengendalikan skuad Kelantan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan meminta semua pihak bertenang sehingga KAFA membuat kenyataan rasmi akan hal itu. Sebelum ini Bibi Ramjani tidak dapat memastikan apa sebab Fajr Ibrahim meletakkan jawatan.

Dipetik daripada sumber mStar Online, beliau hari ini menyatakan akan kekal menjadi ketua jurulatih Kelantan dalam mengharungi baki perlawanan musim ini.

Fajr Ibrahim membuat pusingan U setelah bertemu dan berbincang dengan Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan pada pagi Jumaat sebentar tadi. Fajr Ibrahim menganggap semua isu sudah diselesaikan dan bersedia untuk kembali ke padang latihan.

Beliau juga berjanji akan terus cuba membantu Bibi Ramjani dalam bola sepak Kelantan. Seterusnya misi beliau kini adalah menamatkan kemarau kemenangan pasukan Kelantan.

KAFA juga memberikan jaminan tidak akan ada mana-mana pihak yang akan campur tangan dalam tugasan beliau.
Sikap sombong dan sabotaj dalam KAFA
Fajr turut menyatakan, beliau meletakkan jawatan kerana kesal dengan sikap beberapa individu dalam KAFA yang tidak boleh menerima pembaharuan yang dibawa beliau. Beliau menambah lagi:
“Hanya presiden seorang yang menyokong saya dan pasukan. Mereka yang lain (KAFA) menentang pasukan dan juga presiden.”
“Mereka juga mahu melihat pasukan berada di tangga tercorot liga. Ia amat menyedihkan.”

“Mereka terus beri tekanan kepada Puan Presiden supaya dia berundur. Namun dia seorang wanita yang amat kuat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN