Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu membentangkan statistik untuk membezakan kehebatan Safawi Rasid berbanding Guilherme de Paula.
Pembentangan tersebut dilakukan di Dewan Rakyat semalam bertujuan untuk menjelaskan bahawa pemain bola sepak tempatan juga mampu beraksi sehandal pemain naturalisasi.
Pembentangan statistik kedua-dua pemain oleh Menteri berusia 51 tahun itu di Dewan Rakyat semalam adalah bagi menjawab soalan daripada Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) bagaimana KBS mengawal tindakan menaturalisasikan pemain bola sepak sebagai pemain kebangsaan di negara.
Tetapi sebelum itu Faizal sempat menampilkan statistik kedua-dua pemain di Kejohanan Piala AFF yang sedang berlangsung di Singapura.
“Tempoh masa bermain: Safawi – 246 Minutes (3 Starter) De Paula – 119 Minutes (1 Starter / 2 Subs),” kata beliau memulakan pembentangan tersebut.
Data-data lain yang dikongsi oleh Faizal adalah seperti di bawah:
Gol : Safawi – 4 De Paula – 0 Gol
Shots : Safawi – 10 De Paula – 2
Shot On Target : 1. Safawi – 8 2. De Paula – 2
Shooting accuracy : 1. Safawi – 80 2. De Paula – 100
Key Passes : 1. Safawi – 4 2. De Paula – 1
Succesful Passes : 1. Safawi – 68 2. De Paula – 28
“Jadi kita dapat lihat pemain tempatan adalah tidak kurang hebatnya berbanding dengan pemain naturalisasi yang ada pada masa ini,” tambah beliau lagi.
Menjawab lebih lanjut penjelasan daripada Pas-Setiu, Faizal berkata Kementerian beliau tidak bertanggungjawab mengendalikan program naturalisasi untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.
FAM jumpa KDN bincang program naturalisasihttps://t.co/AG0BrRtRDJ pic.twitter.com/w6xTa1kMHB
— Berita Harian (@bharianmy) May 7, 2019
Program naturalisasi pemain asing untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya adalah program yang diusahakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri, dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dua pemain yang sempat dinaturalisasikan oleh FAM sebelum program tersebut ditangguhkan adalah Guilherme de Paula (Brazil) dan Liridon Krasniqi (Kosovo).
Setakat ini tiga pemain naturalisasi sudah pun beraksi bersama pasukan negara termasuk Mohamadou Sumareh (Gambia) yang memperolehi taraf kerakyatan ketika masih bersama Pahang.
Liridon Krasniqi Sah Warganegara Malaysia
Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/aVTeI4o8fg#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/28lXKnSNSc
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) February 3, 2020
Walaupun program naturalisasi pemain tidak lagi dilakukan oleh FAM, kelab-kelab yang bersaing di Liga Malaysia masih dibenarkan berbuat demikian sekiranya ada pemain yang berkelayakan.
Antara pemain asing yang dikhabarkan akan dinaturalisasikan dalam tempoh terdekat adalah penyeran import KL City FC, Romel Morales yang berasal dari Colombia.