Faizal Arif: Kekal Bersama UiTM FC Adalah Keputusan Terbaik Buat Saya

Faizal Arif

Pemain pertahanan Muhammad Faizal Mohd Arif mengakui UiTM FC banyak mengubah dirinya sebagai pemain profesional dan percaya dirinya telah membuat keputusan tepat untuk terus kekal bersama pasukan itu musim depan.

Kapten UiTM FC itu antara salah seorang daripada 9 pemain yang dilanjutkan kontrak untuk kekal bersama The Lions Troop termasuk pengendalinya, Frank Bernhardt.

Faizal menyifatkan banyak perkara positif yang telah dipelajari daripada pasukan itu sejak 2016 sehingga berjaya menjadi pemain profesional yang berkebolehan selain turut diberi kepercayaan menjadi kapten pasukan.

”Saya rasa UiTM FC banyak tolong saya dalam karier bolasepak. Saya mula beraksi sebagai pemain profesional dengan pasukan ini hampir lima tahun sejak tahun 2016 lagi dan saya gembira apabila masih kekal dengan pasukan sama.”

”Memang saya ada terima juga tawaran daripada pasukan-pasukan lain, tetapi saya tak boleh nafikan UiTM masih memberi seribu satu makna untuk saya.”

”Banyak benda positif yang saya dapat, dengan pengurusan pasukan juga banyak membantu kami di sini, jadi saya rasa keputusan untuk kekal di UiTM FC adalah keputusan terbaik yang saya lakukan untuk diri sendiri dan keluarga,” ujar pemain berusia 25 tahun itu.

Bercakap mengenai Bernhardt, Faizal mengakui jurulatih dari Jerman itu merupakan seorang jurulatih yang memahami para pemain dan sentiasa memberi peluang kepada pemain muda khususnya untuk menyerlahkan potensi di atas padang.

Justeru, Faizal percaya bekas pengendali skuad bawah 22 tahun negara itu akan terus memberikan sesuatu yang lebih positif kepada pasukan bagi menghadapi musim 2021 dengan cemerlang.

”Bagi saya, Bernhardt adalah seorang jurulatih yang bagus, dan sentiasa percaya dekat pemain-pemainnya.”

”Beliau memahami setiap daripada kami, dan paling penting tidak pernah lupa pemain-pemain muda untuk sentiasa memberi peluang kepada mereka beraksi dalam perlawanan.”

”Saya berharap musim 2021 akan berjalan lebih lancar untuk kita semua dan paling penting, UiTM FC perlu kekal dalam saingan Liga Super,” tambah Faizal lagi.

UiTM FC berjaya menamatkan musim 2020 di kedudukan keenam terbaik CIMB Liga Super.

Mereka juga berjaya mara ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia musim ini setelah menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-2 di peringkat 16 pasukan terakhir sebelum saingan itu dibatalkan ekoran penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Kredit featured image: Facebook UiTM FC

Baca artikel lain dari kami mengenai UiTM FC:

UiTM FC Berjaya Tahan Frank Bernhardt Daripada Cubaan ‘Dipancing’

UiTM FC Sahkan Frank Bernhardt Kekal, Lanjutkan Kontrak 9 Pemain Tempatan

UiTM FC Sasar Kekal Dalam Liga Super 2022, Idam Ke Pentas Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN