Faiz Subri Komited Untuk Kekal, Walaupun Masih Tiada Tawaran Rasmi Dari FAP

Walaupun masih tiada tawaran rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), pemain tengah, Mohd Faiz Subri telah menyatakan komitmen untuk terus kekal beraksi di Pulau Pinang.

Termasuk Faiz, semua pemain Pulau Pinang telah bebas untuk memilih pasukan untuk aksi Liga Malaysia untuk musim hadapan selepas kontrak masing-masing tamat pada penghujung November lalu.

Ini menyaksikan majoriti pemain Harimau Kumbang akhirnya memilih untuk ‘angkat kaki’ sejurus tiada tawaran kontrak baharu daripada FAP.

Antaranya yang rasmi meninggalkan pasukan adalah penyerang muda, Jafri Firdaus Chew yang berpindah ke PKNS FC, pemain tengah, Syamer Kutty Abba (JDT) dan Rafiuddin Rodin (Perak).

Penang player Mohd Faiz Subri (Blue) in action during Super League match against Pahang on 16 February 2016.
Photo by Irzan Ariffin / www.asiana.my

Bercakap kepada Kosmo!, Faiz memaklumkan dirinya masih setia untuk meneruskan karier di Pulau Pinang dan berharap FAP akan menawarkan kontrak baharu kepadanya.

“Secara jujur, saya ada menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia. Namun, kemungkinan besar saya akan kekal bersama Pulau Pinang dan rundingan masih berjalan.

“Dan jika ada rezeki, saya mahu membantu mereka mara ke Liga Super semula,” ujar pemain yang kini berusia 30 tahun itu lagi ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Ini jelas berbeza dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan Faiz kepada Bernama pada Oktober lalu. Bekas pemenang anugerah Puskas itu memaklumkan bersedia untuk meninggalkan Pulau Pinang.

“Saya mungkin akan bertemu dengan pihak pengurusan berkenaan kontrak saya, dan jika ada tawaran yang lebih baik dari pasukan lain, saya akan pertimbangkan,” ujarnya.

Penang player Mohd Faiz Subri (blue) celebrate goal during 2017 Malaysia Super League match against Kedah’s at Darulaman Stadium. photo by Irzan Ariffin/ www.asiana.my

Dan sehingga kini, Pulau Pinang dilihat belum memuktamadkan sebarang kontrak, malah dikhabarkan sedang berdepan pelbagai kemelut dan masalah dalaman.

Sementara itu, menurut Faiz, dia tiada masalah untuk bermain di Liga Premier kerana cabarannya adalah sama dan tiada perbezaan ketara dengan saingan di Liga Super.

“Mungkin akan ada kelainan daripada segi kualiti permainan, namun jika dilihat perbezaan antara Liga Premier dan Liga Super tidaklah begitu ketara,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Pulau Pinang tersingkir ke Liga Premier selepas terperosok di dasar Liga Super 2017, dengan sekadar mengutip 12 mata daripada 22 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN