Faiz Nasir, Nurridzuan, Antara 7 Pemain Yang Tinggalkan Selangor

Selangor FA mengumumkan 7 pemain pada musim 2019 tidak akan bersama mereka lagi pada musim akan datang.

Paling mencuri tumpuan adalah nama Faiz Nasir yang turut berada dalam senarai. Beliau merupakan pemain yang memulakan karier di Selangor dengan sangat cemerlang.

Faiz Nasir membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Afghanistan, 2-1 minggu lepas. FOTO: FA Selangor

Faiz Nasir pernah membawa prestasi beliau di Selangor ke skuad kebangsaan pada awal musim ini.

Namun malangnya, pemain itu tidak dapat meneruskan karier bersama Gergasi Merah pada musim akan datang.

Pakar sepakan percuma, Nurridzuan Abu Hassan juga antara pemain yang gagal menambat hati FAS. Pemain itu juga tidak akan menyambung khidmatnya di Selangor.

2 pemain import mereka musim 2019 iaitu Michal Nguyen dan Endric Dos Santos turut tidak akan bersama Selangor pada musim 2020.

3 lagi nama lain ialah Azreen Zulkafali, Fandi Othman dan Norhakim Isa.

Pihak FAS mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kesemua pemain yang membantu Selangor menamatkan saingan di tangga ke-3 dalam Liga Super. Dan juga mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Ke manakah destinasi para pemain ini selepas ini? Sama-sama kita harapkan yang terbaik kepada mereka dalam karier selepas ini.

Yang pasti Faiz Nasir sudah kembali bersama dengan pasukan Terengganu.

Selangor sedang dalam proses untuk memperbaiki pasukan mereka bagi menguatkan lagi jentera pasukan menghadapi musim akan datang.

FAS sebelum ini mengesahkan bahawa B. Sathianathan terus diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua jurulatih bagi musim baharu.

Pastinya penyokong Selangor berharap pasukan mereka akan kembali menyaingi pasukan seperti JDT dalam perebutan Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN