Faisal Halim & Terengganu Kini Berdamai

Faisal Halim
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Kemelut tunggakan gaji yang melibatkan Faisal Halim dan bekas kelabnya, Terengganu kini sudah pun dianggap selesai selepas pertemuan antara kedua-dua pihak dilakukan.

Malah, Faisal dan Terengganu kini seolah-olah sudah pun menutup buku perhubungan mereka dengan nota yang baik selepas kedua-duanya memilih untuk berdamai.

Faisal juga menjelaskan yang apa yang berlaku di laman Twitternya dengan gaji yang tertunggak semuanya sudah diterimanya.

“Terengganu FC telah jelaskan baki gaji saya,” kata Faisal di Twitternya.

Faisal juga turut memohon maaf kepada pasukan lamanya itu dengan niatnya ingin berbaik dan tidak mahu meneruskan lagi sengketa antara kedua-dua pihak.

“Saya memohon maaf diatas kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu FC. Setiap kebaikan itu datang daripada Allah dan yang buruk itu dari kekhilafan saya sendiri,” kata Faisal lagi.

Faisal yang kini menyertai Selangor meninggalkan Terengganu sebagai sebahagian daripada 12 pemain yang meninggalkan kelab Pantai Timur itu.

Sebelum ini, Faisal pernah ‘menembak’ pasukan lamanya itu kerana kegagalan mereka dalam menguruskan isu yang dihadapi sebelum ini.

Isu tersebut tidak melibatkan Faisal sahaja sebaliknya mantan jurulatih iaitu Nafuzi Zain turut pernah terpalit dengan masalah bersama Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN