Faisal Halim: “Sudah Tentu Saya Tak Berpuas Hati”

Penyerang kebangsaan, Faisal Halim akui beliau tidak berpuas hati dengan kualiti permainan ditampilkan beliau bersama pasukan kebangsaan pagi tadi dalam saingan Piala Asia 2023.

Terdahulu Malaysia telah pun mencatat kekalahan besar 0-4 di tangan Jordan bagi aksi pertama mereka dalam saingan Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E.

Pada aksi tersebut, Malaysia jelas tampil dengan aksi sangat tidak menyakinkan apabila mereka gagal untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat sehingga mudah dieksploitasi pasukan lawan.

Malah, empat gol terhasil menerusi Mahmoud Al-Mardi dan Mousa At Tamari juga berlaku disebabkan disiplin para pemain sendiri gagal untuk menyerap segala asakan pasukan lawan.

Di posisi serangan, segalanya tampil serba tidak menjadi buat Faisal Halim dan rakan sepasukan lain untuk cuba memecahkan benteng pertahanan kebal pasukan lawan.

Malah, beliau mengakui gagal untuk memberi impak terbaik sepanjang saingan berlangsung untuk memperkukuhkan aspek serangan.

Menurut Faisal, corak permainan ditampilkan pasukan kebangsaan sendiri jelas tidak begitu menjadi selain analisis dilakukan mereka sebelum itu kurang membantu.

“Sudah tentu saya tak berpuas hati, bukan kata saya saja, semua pemain yang bermain di padang hari ini (awal pagi tadi) dah tentu tak berpuas hati.

“Walaupun saya main bagus sekalipun, tapi kalau kita kalah pun tak guna juga. Saya pun merasa kurang memberi impak malam ini, sebab sukar untuk kita dari segi corak permainan.

“Kita boleh kawal bola dan buat banyak hantaran dan kawal permainan. Tapi untuk menyerang mereka juga sudah jangka.

“Kita analisis (kelemahan pasukan Jordan) tapi malam ini berubah dan ia sedikit sebanyak mengganggu. Kita pula kena dua gol awal,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, pemain Selangor itu juga mengakui tahap permainan dimiliki Harimau Malaya ketika ini jelas masih terlalu jauh jika ingin dibandingkan kuasa-kuasa besar di Asia.

“Saya pun kalau fikir balik, dalam Kelayakan Piala Dunia lawan Kyrgyzstan, India dan China, kita masih lagi boleh beri saingan.

“Tapi bila dekat Piala Asia ini, ‘level’ yang lebih jauh dan lebih tinggi sudah tentu pemain semua dengan kegugupan masing-masing kita cuba berikan terbaik.

“Tapi banyak lagi yang kita perlu belajar. Kita masih ada lagi dua perlawanan dan peluang untuk kita orang cakap sukar, tapi dalam bola sepak kita perlu usaha dulu dan buat sebaiknya untuk cuba membanggakan rakyat Malaysia,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN