Faisal Halim Sanggup Tinggalkan Karier Demi Elak Ketakutan

Penyerang Selangor, Faisal Halim akhirnya membuat penampilan sulung beliau di khalayak media selepas beberapa minggu menjalani rawatan serta berehat akibat kejadian simbahan asid yang berlaku lalu.

Faisal boleh dianggap sebagai salah seorang permata bola sepak paling bersinar kini buat skuad kebangsaan, dan kejadian tersebut jelas menggemparkan seluruh negara.

Kini, Faisal kembali dalam satu sesi sidang media khas The Red Giants dan penampilan beliau boleh dikatakan sangat menyedihkan akibat kesan daripada simbahan asid itu.

Selain bahagian muka beliau yang mengalami kesan lecuran teruk, sebahagian tubuh badannya juga ditunjukkan dengan sangat menyayat hati sekali.

Menerusi kenyataan media dikongsikan oleh Astro Awani, Faisal mengucapkan lafaz syukur serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjaga beliau sekeluarga serta memberi dorongan buat dirinya.

Pemain kelahiran Penang itu juga mengakui beliau perlu mengharungi beberapa proses rawatan lain sebelum dirinya kembali bersama pasukan seperti sebelum ini.

Malah, tonggak Harimau Malaya itu juga memohon kepada semua pihak untuk terus mendoakan dirinya selain mengelak daripada membuat sebarang spekulasi.

Beliau juga memberi bayangan akan turut kembali untuk menyertai Selangor serta skuad kebangsaan pada suatu hari nanti jika segalanya sudah pun pulih.

“Ya, sudah tentu saya dilahirkan untuk menjadi seorang pemain bola sepak, apabila saya ditimpa musibah seperti ini, memang agak sukar untuk diri saya dan saya harap suatu hari nanti saya dapat kembali di atas padang.

“Keadaan sekarang saya sendiri tak tahu jika saya boleh kembali atau tidak. Apa saya harapkan semua dapat doakan saya untuk kembali dalam arena bola sepak,” ulas Faisal.

Pada masa sama, suasana juga tampil sedikit hiba selepas Faisal mengakui pada awalnya beliau sanggup tinggalkan gaji puluhan ribu untuk berhenti beraksi di atas padang asalkan diri serta keluarganya selamat.

“Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu untuk berhenti main bola asalkan keluarga saya selamat, tetapi saya dan keluarga telah dijanjikan dengan saya mampu untuk teruskan dan ketika itu saya semangat untuk teruskan lagi,” ujar beliau dengan hiba.

Kami di Semuanya BOLA sentiasa mendoakan buat Faisal untuk terus kuat bersama keluarga dan ketika ini, teruskan berehat supaya anda dapat kembali dengan lebih kuat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN