Faisal Halim Puji Kualiti Kepimpinan Hamidin Bersama FAM

Pemain sayap lincah negara, Faisal Halim antara yang tidak mengambil kisah akan kemelut yang melanda buat barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini.

Nama Datuk Haji Hamidin Mohd Amin antara yang sering dipertikaikan dalam kalangan peminat bola sepak kebangsaan kini supaya beliau meletakkan jawatan selaku Presiden FAM pada masa akan datang.

Pertikaian itu tercetus selepas beberapa siri kegagalan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa dan nama Hamidin disebut sebagai individu perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memulihkan kembali maruah bola sepak negara di mata dunia.

Rentetan kemarahan itu bermula selepas Malaysia gagal melepasi halangan peringkat kumpulan dalam saingan Piala Asia 2023, sebelum ia diteruskan dengan aksi buruk skuad kendalian Kim Pan-gon sewaktu menentang Oman dua kali.

Dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 itu, Malaysia gagal memungut sebarang mata dengan dua kekalahan diraih untuk menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat.

Kemuncak pada episod duka bola sepak negara kini pastinya terarah buat skuad bawah 23 Malaysia (B-23) yang gagal memungut sebarang mata sepanjang beraksi dalam kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar.

Sepanjang mengharungi tiga perlawanan tersebut, Harimau Malaya B-23 mencipta semua kekalahan serta hanya mampu mendapatkan satu jaringan sahaja.

Walaupun begitu, Faisal enggan terlalu mengambil kisah akan hal tersebut serta hanya ingin terus memberi fokus buat persiapan seterusnya bersama Harimau Malaya.

Penyerang Selangor itu juga turut menganggap Kim Pan-gon serta Hamidin telah pun menjalankan tugas mereka dengan baik setakat ini sambil menegur kepada semua untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan lalu.

“Pada saya, tak boleh nak cakap apa-apa kerana itu hal pihak atasan. Sebagai pemain, bila diberikan peluang untuk bermain, kita main saja.

“Apa yang saya nak cakap, jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon cukup terbaik. Malah, Datuk Hamidin juga sedang menjalankan tugas dengan baik. Sekarang ini, bila kalah, semua benda tidak kena.

“Sebagai pemain, benda ini (isu babitkan FAM) bukan isu kerana kita hanya bermain saja untuk negara,” kata Faisal menerusi petikan daripada Harian Metro.

Sehingga kini, beberapa nama turut dicadangkan oleh penyokong bola sepak di media sosial selain ada beberapa tuntutan dibuat supaya FAM mampu menaikkan kembali maruah bola sepak negara di mata dunia.

Pandangan anda pula bagaimana?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN