Faisal Halim Mohon 2 Perkara Untuk Kembali Capai Tahap Maksimum

Penyerang lincah negara iaitu Faisal Halim kini boleh dianggap kembali mencuri tumpuan ramai dalam arena bola sepak Malaysia selepas dirinya telah pun diberi peluang beraksi sebanyak beberapa perlawanan buat Selangor.

Selepas melalui episod hitam beberapa bulan lalu sehingga hampir menamatkan karier bintang Harimau Malaya itu daripada dunia bola sepak, tiada siapa menyangka beliau kini kembali dalam tempoh masa singkat.

Seperti diketahui, Faisal sebelum itu telah pun disimbah asid oleh dua penjenayah di sebuah pusat membeli belah yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan teruk pada sebahagian besar tubuhnya.

Kecederaan dialami Faisal itu menyebabkan beliau sebenarnya hampir menggantung but bola sepak lebih awal, sebelum kini pemain kelahiran Pulau Pinang tersebut perlahan-lahan pulih.

Kembali disenaraikan dalam pasukan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 lalu bertemu Terengganu, Faisal akhirnya berjaya mencipta penampilan ketika menentang Kelantan Darul Naim (KDN) serta Sabah.

Malah, dirinya juga diberi penghormatan selaku kapten The Red Giants sewaktu pasukan itu berdepan Pilihan Singapura bagi kejohanan Piala Sultan Selangor 2024.

Melihat kepada perkembangan positif itu, pastinya ramai mengharapkan supaya Faisal kembali kepada momentum terdahulu selaku penyerang berbisa buat Malaysia.

Walaupun begitu, Faisal menyatakan beliau masih memerlukan ruang dan masa untuk mencapai kepada prestasi asal sambil menyatakan perjalanan semasa dirinya kini positif.

“Saya rasa 45 minit itu bukanlah permainan sebenar saya (aksi Piala Sultan Selangor 2024). Jika dibandingkan dengan persembahan sebelum ini, ia belum mencapai tahap maksimum saya.

“Saya masih memerlukan masa untuk mencapai tahap tersebut dan berharap semua dapat memberi ruang kepada saya untuk mengejar semula.

“Walaupun mengalami sedikit kecederaan seperti jatuh dan tangan kiri terkepak dalam perlawanan semalam, saya dapat rasakan apa yang mengganggu prestasi saya.

“Tiada kecederaan serius, dan saya melihat ini sebagai kemajuan yang baik untuk diri saya. Kini, saya lebih yakin dan ingin fokus untuk meningkatkan kecergasan serta kekuatan saya,” ulas Faisal menerusi laporan Astro Awani.

Pada masa sama, Faisal mengakui beliau bersama rakan sepasukan ingin memberikan segalanya terbaik di pentas akhir Piala FA akan datang bertemu JDT.

Sumber:
Astro Awani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN