Faisal Abdul Halim menganjing Mamadou Samassa sampai koyak rabak ketika aksi pertemuan antara Terengganu FC bertemu Sri Pahang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam semalam.
Skuad Penyu berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 di halaman mereka sendiri dengan Faisal Halim dan Kpah Sherman berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol.
Terengganu FC berjaya membuka tirai jaringan mereka seawal minit pertama permainan menerusi ketua pasukan, Kpah Sharman hasil umpanan cantik dari Petrus Shitembi.
🏴🏳️KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN🏳️🏴
[ @FCTerengganu 2-1 @OfficialPahang ]
⚽️Kpah Sherman
⚽️ Faisal Halim (P)
⚽️ Malik Arif#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/gYqCnxWsjE— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 3, 2022
Aksi perlawanan antara kedua-dua pasukan sangat menarik untuk disaksikan dengan Sri Pahang dan Terengganu saling mempamerkan aksi serang menyerang.
Perlawanan juga tidak didominasi sepenuhnya oleh mana-mana pasukan dan ia berlangsung agak seimbang.
Antara detik paling menarik dalam perlawanan ini adalah ketika Faisal Halim ‘menganjing’ Mamadou Samassa sampai koyak rabak pada aksi babak kedua permainan.
Faisal Halim menganjing Mamadou Samassa sampai koyak rabak
Pada minit ke-80 permainan, skuad Terengganu telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Faisal ditarik di dalam kotak penalti.
https://youtube.com/shorts/Q0UJFdvFlH0?feature=share
Pemain dari skuad kebangsaan Malaysia itu kemudian tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut berdepan Mamadou Samassa.
Beliau dilihat dengan tenang berjaya menewaskan Samassa untuk menjaringkan gol kedua Terengganu dalam perlawanan ini.
Sebaik bola tersebut menerjah jaring gawang gol Sri Pahang FC, para pemain skuad Penyu dilihat pergi ke arah Faisal untuk meraikan gol tersebut.
Mamadou Samassa pada ketika itu sudah meninggalkan gawang golnya kerana kecewa gagal menyelamatkan sepakan penalti Faisal Halim.
Entah apa yang bermain di fikiran Faisal, beliau kemudiannya terus pergi ke gawang gol Sri Pahang dan berpura-pura merebahkan padang seolah-olah menganjing Mamadou Samassa.
Penjaga gol Sri Pahang itu jelas sekali tidak gembira melihat tindakan Faisal Halim itu dengan beliau kemudiannya berang dan terus meluru ke arah bintang Terengganu FC itu.
Faisal santai sahaja berlari meninggalkan kotak penalti pasukan pelawat, seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku di belakangnya.
Marah betul Samassa dekat Faisal Halim ni.
Mujur tak sempat kejar, ni kalau dapat lauk la. pic.twitter.com/6KfHZ8kjz2
— Tom Hadi (@FaizHadi04) July 3, 2022
Samassa pada ketika itu seperti Brock Lesner yang sedang mengamuk dengan beliau ditenangkan oleh pemain-pemain kedua-dua pasukan ketika mahu berdepan dengan Faisal Halim.
Penjaga gol tinggi lampai itu jelas sekali koyak rabak dan terkesan dengan tindakan licik Faisal Halim yang menganjing beliau itu.
Pada minit ke-87 permainan, Sri Pahang FC berjaya menjaringkan gol saguhati untuk mereka menerusi Abdul Malik Mat Ariff.
Wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-1 Terengganu FC menewaskan Terengganu FC.
📹 HIGHLIGHTS: @FCTerengganu 2-1 @OfficialPahang
Terengganu FC meraih tiga mata penuh hasil jaringan Kpah Sherman dan Faisal Abdul Halim, manakala Abdul Malik Mat Ariff merapatkan kedudukan untuk Sri Pahang FC.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/7M5hB2y9gb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 3, 2022
Sri Pahang FC sementara itu mencatatkan kekalahan ketiga mereka secara berturut-turut dalam tempoh dua minggu terakhir ini.