Faisal Halim Masih Berbisa Di Pentas Asia

Nama Faisal Halim secara tiba-tiba kembali menggegar saingan Asia apabila beliau berjaya memberi impak cukup besar buat siri serangan Selangor ketika mereka menghadapi cabaran Muangthong United.

Terdahulu, Selangor mencatat kekalahan 1-2 di tangan Muangthong United bagi aksi Kumpulan H dalam saingan AFC Champions League Two (ACL 2) di halaman sendiri.

Walaupun berkelebihan menerusi jaringan awal hasil ledakan Quentin Cheng, wakil dari Malaysia itu gagal mempertahankannya sehingga dibolosi sebanyak dua kali berturut-turut pada babak separuh masa kedua.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor kini menjunam di tangga ketiga selepas merekodkan dua kemenangan, dua kekalahan serta satu keputusan seri selepas melalui lima aksi peringkat kumpulan.

Walaupun tewas, impak diberikan oleh Faisal pada perlawanan tersebut jelas begitu mengujakan apabila dirinya tampak tidak kekok untuk mengulangi prestasi asalnya seperti sebelum ini.

Dibawa masuk pada minit ke-81 bagi menggantikan khidmat Zikri Khalili, pemain Harimau Malaya itu pantas memberikan impak penting di posisi sayap kanan menerusi larian deras, kelincahan, serta kualiti hantaran kepada rakan sepasukan.

Secara keseluruhan, Faisal telah mencetuskan dua hantaran yang berkualiti di dalam petak penalti sebelum ia dinafikan oleh rakan sepasukan sendiri dalam bentuk jaringan.

Malah, ada momen menarik ketika Faisal mencetuskan gerakan lincah beliau sehingga menyebabkan pertahanan lawan kucar kacir dalam situasi satu lawan satu sebelum hantaran dilepaskannya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini juga tampil begitu rajin bergerak serata arah untuk membantu rakan sepasukannya terus menguasai bola serta menekan pertahanan lawan pada penghujung perlawanan.

Setidaknya, aksi semalam sedikit sebanyak memberi keyakinan buat Faisal yang kini masih dalam tempoh pemulihan untuk berada pada tahap sebenar semula.

Kredit foto: Amir Rafiq Afnan buat Semuanya BOLA

Walaupun masih banyak perlu diperbaiki, secara individu sudah tentu motivasi Faisal kembali meningkat untuk meneruskan karier beliau dalam dunia bola sepak profesional.

Apatah lagi Faisal masih memiliki masa untuk meningkatkan lagi prestasi beliau seperti era kegemilangannya sebelum ini bagi cuba menempatkan kembali diri bersama skuad Harimau Malaya.

Apapun, kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya prestasi Faisal kembali semula pada keadaan asal dan menjadi contoh pejuang terbaik kepada pemain-pemain muda lain

Sumber:
Foto: Amir Rafiq Afnan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN