Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi antara pemain paling bersemangat ketika ini untuk mengharungi aksi seterusnya membabitkan pasukan negara bertemu Tajikiskan pada aksi akhir Pestabola Merdeka 2023.
Sebelum itu, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pentas akhir saingan tersebut selepas mereka mencipta kemenangan bergaya 4-2 untuk mengatasi cabaran India di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Terima kasih! 🐯
✅️ MALAYSIA 🇲🇾 4-2 🇮🇳 INDIAJumpa di Bukit Jalil, Selasa ini!
Final Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇹🇯 TAJIKISTAN#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/DH9c9GBJne— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2023
Pada perlawanan tersebut, empat gol Malaysia terhasil menerusi Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, serta Corbin Ong di separuh masa kedua.
India pula hanya memperoleh dua jaringan sahaja menerusi Mahesh Naorem serta penyerang sensasi mereka iaitu Sunil Chhetrri pada perlawanan tersebut.
Faisal pastinya menjadi pemain paling mencuri tumpuan, selepas kelibat beliau yang berjaya menghasilkan gol kedua permainan serta turut mencipta satu bantuan jaringan kepada Corbin Ong.
Malah, penyerang lincah itu juga berjaya mengkucar kacirkan pertahanan India dengan sangat baik selain membentuk kombinasi berbisa bersama Arif di bahagian serangan Harimau Malaya.
Mengulas tentang aksi akan datang bertemu Tajikistan, Faisal melihat ianya sebagai medan terbaik buat Harimau Malaya untuk memperkukuhkan lagi corak permainan sebelum mereka menghadapi saingan Piala Asia.
Selain itu, Faisal juga tidak menganggap pertemuan tersebut sebagai misi untuk mereka membalas dendam terhadap lawan selepas Harimau Malaya mencatat kekalahan tahun lalu di tangan pasukan tersebut bagi saingan King’s Cup di Thailand.
“Pada saya perlawanan akhir nanti menentang Tajikistan bukan satu perlawanan untuk balas dendam tapi satu perlawanan untuk kita kejapkan lagi pasukan kita, dan bermain di tempat sendiri pastinya kita mahu menang.
“Jadinya saya juga berharap pada perlawanan akhir nanti kesemua pemain berada dalam tahap terbaik dan semuanya berjalan lancar mengikut taktikal ketua jurulatih,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Pada masa sama, Faisal sedikit berdebar pada aksi final ini kerana bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri yang meletakkan harapan tinggi kepada Harimau Malaya.
Pemain Selangor itu juga tidak mengganggap keadaan padang sebagai suatu isu kerana memahami ianya masih baharu dan memerlukan masa untuk tampil lebih baik.
GOL!!!🇲🇾
Malaysia 3-1 India
42' Faisal Halim#PestaBolaMerdeka2023 pic.twitter.com/zKP3F6QPWg— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 13, 2023
“Semakin berdebar pula saya rasa sebab kita main di laman sendiri sekali gus jangkaan penyokong lebih tinggi untuk kita menang.
“Padang baru kita tahu masih belum 100 peratus dalam keadaan baik tapi kita dapat rumput macam ini kita cukup seronok dan bangga daripada sebelum ini.
“Walaupun ada terkeluar-keluar, tapi semua berjalan dengan lancar. Kita tahu situasi padang macam mana, jadi kita tak boleh salahkan padang kerana kita perlukan masa lagi untuk padang tapi Alhamdulillah semua pemain gembira,” katanya akhir sekali.