Faisal Halim Kongsi Kisah Sedih Bersama Kim Pan-gon

Seperti kita tahu, Faisal Halim dan bekas jurulatih kebangsaan iaitu Kim Pan-gon antara yang sangat rapat dan kedua individu tersebut telah pun memberi sumbangan cukup besar dalam dunia bola sepak Malaysia.

Namun, kedua individu tersebut kini membawa haluan berbeza dan ketiadaan mereka bersama skuad kebangsaan untuk tempoh masa terdekat merupakan sesuatu yang mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan sebelum itu.

Faisal kini masih lagi sedang menjalani sesi pemulihan selepas pemain Harimau Malaya itu menjadi mangsa jenayah simbahan asid tiga bulan lalu sehingga menyebabkan sebahagian besar tubuhnya mengalami kecederaan.

Walaupun begitu, pemain tersebut semakin beransur pulih dan akhirnya kini telah pun kembali di lapangan bersama rakan sepasukan lain menjalani sesi latihan.

Cuma sedikit menyedihkan, Faisal tak lagi dapat bekerjasama dengan Kim yang telah pun sah melepaskan jawatan beliau selaku jurulatih bola sepak Malaysia.

Menerusi perkongsian Selangor FC di media sosial, Faisal mengakui beliau sangat sedih setelah mengetahui keputusan Kim melepaskan jawatan tersebut.

“Sebagai seorang pemain, sudah tentu saya merasa sedih sebab saya pernah bekerja dengan coach Kim, jadi saya tahu dia punya keikhlasan, karakter, dan apa dia nak.

“Dia telah banyak mengubah karakter-karakter seorang pemain dan karakter kita punya skuad kebangsaan. Apa saya boleh katakan, saya sangat sedih.

“Ketika di hospital dia datang melawat saya dan dia masuk pintu wad saya, dia tak bercakap tetapi dia menangis dan sebak dan hampir lima minit dia berada di sebelah tanpa berkata apa-apa.

“Pada saya, itu adalah detik-detik yang membuatkan saya tersentuh dengan Kim walaupun dia bukan bangsa kita, bukan rakyat kita tapi dia ikhlas dengan tanggungjawab.

“Memang sedih. Dan saya dapat tahu dia nak tinggalkan Malaysia dan saya pun mesej Kim: hari tu coach cakap kepada saya jangan putus asa, dan kembali beraksi buat Selangor dan skuad kebangsaan dan saya akan tunggu awak.

“Jadi saya pun ulang balik apa coach cakap itu kepada saya dan dia berkata: kita tak tahu ke depan apa berlaku. Kita cuba buat yang terbaik dan awak akan menjadi lebih baik.

“Saya pegang kata-kata itu dan cuba untuk bangkit dan cuba menjadi pemain yang luar biasa dan ingin buktikan kepada Malaysia yang saya tak boleh dijatuhkan dengan apa-apa dan doa rakyat Malaysia sentiasa di belakang saya,” ulas Faisal.

Pada masa sama, pemain tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat-peminat yang mendoakan beliau untuk kembali sembuh.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN