Faisal Halim & Kipre Tchetche Ketuai 12 Pemain Terengganu Keluar Kelab

Faisal Halim

Revolusi menanti skuad Terengganu untuk musim hadapan apabila kelab tersebut telah mengesahkan 12 pemain mereka akan meninggalkan pasukan.

Walaupun berjaya layak ke saingan bola sepak Asia sambil merangkul gelaran naib juara Liga Super dan Piala FA musim ini, ianya tidak cukup untuk membuatkan mereka untuk terus kekal di Gong Badak.

Sambil dengan pemergian bekas jurulatih, Nafuzi Zain ke Kedah Darul Aman, ia kini turut disusuli dengan 12 pemain yang diketuai oleh Faisal Halim dan Kipre Tchetche keluar dari kelab.

Terengganu telah mengumumkan perkara tersebut di laman rasmi mereka dengan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner akan berwajah baharu musim depan.

Selain Faisal dan Kipre, beberapa nama lagi yang sering menjadi taruhan Terengganu memilih untuk meninggalkan pasukan seperti Manny Ott yang sah ke Kedah, Azalinullah Alias dan Kpah Sherman.

“Terengganu FC hari ini ingin mengumumkan 12 orang pemain yang bakal meninggalkan pasukan ini bagi saingan musim hadapan.

“Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa mereka selama bersama kelab ini dan selamat maju jaya diucapkan untuk karier mereka seterusnya,” kata Terengganu dalam kenyataan mereka.

Berikut merupakan senarai penuh 12 pemain Terengganu yang meninggalkan kelab:

  1. Faisal Halim
  2. Kipre Tchetche
  3. Kpah Sherman
  4. Azalinullah Alias
  5. Manny Ott
  6. Shamirza Yusoff
  7. Sharin Sapien
  8. Nik Akif Syahiran
  9. Arif Anwar
  10. Hafizal Alias
  11. Pape Diakite
  12. Petrus Shitembi

Kesemua pemain-pemain ini bebas untuk berbincang untuk menyertai kelab lain pada musim hadapan.

Ke manakah hala tuju mereka selepas ini? Kita nantikan saja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN