Faisal Halim: “Kami Tak Rela Kalah Depan Keluarga Sendiri & Rakyat Malaysia”

Pemain sayap negara, Faisal Halim bertekad untuk perlawanan terakhir menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil akan memastikan kemenangan untuk Harimau Malaya sekali gus menempah slot ke separuh akhir.

Bermain di halaman sendiri, Faisal dan rakan-rakan ingin memastikan selepas perlawanan nanti setiap keluarga dan penyokong yang hadir di stadium akan bersorak gembira.

“Esok adalah perlawanan yang sangat penting kerana keluarga dan peminat hadir ke stadium untuk memberi sokongan dan sebab itu kita perlu berjuang memastikan kemenangan kepada Malaysia.

“Kami tak sanggup melihat Singapura merompak kemenangan di halaman sendiri dan di hadapan penyokong sendiri. Saya percaya kepada semua pemain akan beri yang terbaik dalam perlawanan esok,” ujar Faisal.

Faisal juga mengakui pemain sedikit terkilan selepas kalah berhadapan Vietnam namun barisan jurulatih memberi motivasi kepada pasukan untuk bangkit dalam perlawanan terakhir.

Menurut Faisal, biarpun pemain yang dibarisi kali ini kurang pengalaman di pentas antarabangsa namun mereka telah beli yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Dalam perlawanan esok, mereka sedar Singapura dijangka akan bermain secara bertahan namun ia tidak menghalang misi Malaysia untuk mencari gol sejak dari wisel permulaan lagi.

Malah ketua pasukan negara itu berharap pengorbanan pemain selama hampir sebulan tidak bercuti demi negara akan memberi impak pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN