‘Faisal Halim’ – Berbekas Di Wajah, Bernyala Di Hati

Aku masih ingat pertama kali Faisal Halim keluar dari kepompongnya selepas insiden tragis itu. Aku mengikutinya di Youtube bersama rakan-rakan sepejabatku. Sidang media itu diadakan untuk memberitahu khalayak sejauh mana keadaan beliau dan progress pemulihannya sejak dari insiden bertarikh 5hb Mei 2024.

Rasa sebak dan hampir berkaca mata ini melihat keadaan nya di paparan peranti buat kali pertama.
Aku mulai bermonolog.

Siapa si penyerang ini? Apa motif penyerang menyerang Faisal lima hari sebelum sepak mula Liga Super Malaysia? Adakah ada kaitan dengan prestasi fantastik Faisal Halim selaku penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 di Qatar?

Banyak persoalan yang tiada jawapan hingga kini.

Apa yang berlaku? Faisal Halim seorang pemain bolasepak negara telah disimbah asid sulfurik pekat oleh seorang yang tidak dikenali di luar sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Faisal Halim Sanggup Tinggalkan Karier Demi Elak Ketakutan

Kejadian itu mengakibatkan komplikasi parah kepada mangsa yang melibatkan bahagian muka, tengkuk, dada, bahu, dan tangan. Sehingga hari ini, pelaku masih belum di berkas pihak polis dan tiada perkembangan terkini dilaporkan.

Apa yang berlaku kepada Faisal Halim bukanlah satu-satunya pemain bolasepak yang mempunyai ciri unik di bahagian wajah akibat tercedera atau dicederakan. Ada ramai sebenarnya pemain yang senasib dengan Faisal, namun aku bawakan sejenak pembaca mengenal dua personaliti terkenal dalam dunia bolasepak yang juga mempunyai parut yang berbekas di wajah masing-masing iaitu Carlos Tevez dan Frank Ribery.

Frank Ribery telah mendapat kecederaan semasa umurnya 2 tahun. Dia mendapatkan parut itu setelah kemalangan kereta. Dia dikejarkan ke hospital dan mendapat lebih 100 jahitan. Sejak dari itu, dia sering di usik rakan sebaya dan ibu bapa rakannya. Frank Ribery pernah berkata, ada banyak klinik yang menawarkan pemulihan kepada wajahnya, tetapi dia tetap tidak mahu merubah apa yang telah di takdirkan kepadanya.

Perjalanan profesional kerjayanya ada turun naik nya seiring dengan tumbuh-besar Frank Ribery bersama parut di muka. Dimana saja beliau berada, dia akan diperhatikan. Bukan dek kerana dia seorang pemain bolasepak, tetapi kerana parut di mukanya.

Dia mengakui reaksi orang sekeliling memberi kekuatan dan karektor pada dirinya sehingga beliau digelar ‘Permata Bolasepak Perancis’ oleh Zinedine Zidane ketika kempen Perancis di Piala Dunia 2006. Untuk appendik, ‘permata’ adalah berlian yang kasar dan ia mengambil beberapa calar selama bertahun-tahun untuk menggilapnya dan mendapatkan produk akhir. Analogi itu bertepatan dengan prestasi Frank Ribery hebat ketika kejohanan tersebut.

Berlainan pula kisahnya dengan Carlos Tevez. Dilahirkan di kawasan digelar Fuerte Apache, di pinggir Buenos Aires, Argentina. Period waktu kecil bukanlah zaman yang seronok untuk di ceritakan.

Carlos Tevez menggambarkan tempat kelahirannya sebagai tempat yang dikelilingi pengedar dadah di sekitar jalanan dan komunitinya yang juga dibelenggu masalah kemiskinan yang teruk. Dikatakan juga keadaan sekelilingnya di waktu malam amatlah menakutkan.

Kehidupan Carlos Tevez sewaktu kecil adalah sukar di mana dia banyak terlibat dalam pergaduhan. Namun parutnya yang ada pada leher dan dadanya itu bukan berasal dari aktiviti pergaduhan.

Di ceritakan sewaktu itu secara tidak sengaja dia menarik cerek panas yang sedang mendidih, dan mengakibatkan parut kekal di muka, leher dan dadanya. Sewaktu itu beliau baru sahaja berumur 10 bulan dan dia terpaksa terlantar di hospital selama dua bulan.

Parut kekal itu tidak sama sekali menggubah pendirian untuk tidak menerima tawaran menjalani pembedahan kosmetik bagi memulihkan kembali wajahnya.

“Parut itu berbekas di wajahku, leher dan dada. Walaupun insiden ini sudah lama berlaku, ia membentuk jati diri dan memberi definisi pengalaman hidup, ia berbekas selamanya-lamanya” ujar Tevez.

Berdasarkan pengamatan ringkas tentang bagaimana ke dua-dua maestro ini mendapatkan parut di wajah, bolehkan disimpulkan parut itu dilayan persis ‘masa lalu’ sahaja. Parut berbekas hasil kemenjadian alami selepas kemalangan buruk itu tidak juga mahu ‘dihilangkan sejarah’ dari wajah mereka. Mereka seakan ‘ok’ dengan kesan itu dan redha dengan apa yang telah tersurat.

Mereka tidak lagi menghiraukan ‘keberadaan’ parut itu menghalang cita-cita besar mereka untuk menakluk dunia dengan bolasepak. Parut itu tidak menjadi penyebab mereka berada di titik terendah dalam kehidupan, akan tetapi parut itulah menjadi ‘katalis’ kepada persembahan hebat dan gol-gol menakjubkan di hasilkan mereka di arena antarabangsa.

Selaku peminat bolasepak Malaysia, aku berharap Faisal Halim akan kembali bangkit dari ‘tragedi’ yang menimpanya, dan akan mempamerkan aksi lebih baik dari sebelum-sebelumnya di atas padang. Faisal Halim, seperti yang kita kenal, seorang penyerang prolifik negara dengan deretan gol hebat ketika era Kim Pan-gon di kem Harimau Malaya.

Tragedi adalah ‘reset’ kepada sesuatu seseorang untuk meransang kepada suatu lonjakkan luar biasa, malah jika di laksanakan dengan aturan yang betul, ia menjadikan suatu pelarasan ‘impian dan mimpi’ lebih baik di masa akan datang.

Ayuh, bangkitlah Faisal Halim! Harimau Malaya masih menagih kudratmu di peringkat antarabangsa. Seluruh rakyat Malaysia mendakapmu dengan doa-doa yang tak putus-putus dipanjatkan kepada Nya demi kesejahteraanmu.

Penyokong-penyokong serba hitam-kuning yang berdiri di segenap teres Stadium Nasional Bukit Jalil tidak sabar-sabar mahu vocal bersama meraikan ledakkan gol dan lagak ‘Siuu’ mu kembali. Semuga kali ini, dikala kakimu memijak rumput di lapangan hijau, cengkamanmu makin kuat menusuk menembusi daging musuhmu , dan ngauman amarahmu bergema ke seluruh alam semesta!

Walau takdirnya berbekas di wajah,
semangat Harimau Malaya tetaplah bernyala dan marak di kalbu.

Ayuh!

Tiada Yang Mustahil, Faisal!

Sumber:
Foto: Shah Amirul

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN