Faisal Halim Bakal Cipta Penampilan Kembali Berdepan Terengganu?

Adakah bintang bola sepak Harimau Malaya yang juga merupakan tonggak utama Selangor musim lalu iaitu Faisal Halim bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) tidak lama lagi?

Secara tiba-tiba persoalan timbul dalam kalangan pengguna media sosial kini mengenai kelibat misteri yang sudah pun menjalani sesi latihan bersama Selangor menerusi perkongsian dibuat pasukan tersebut sebentar tadi.

Ianya bermula dengan satu video yang memaparkan seorang individu dipercayai salah seorang pemain The Red Giants mengambil topeng hitam tanpa mendedahkan wajah beliau.

Tidak lama selepas itu, perkongsian video diteruskan dengan imej pemain tersebut sengaja dikaburkan sedang mengharungi sesi latihan bersama Selangor.

Dalam video singkat tersebut, ia seolah mempamerkan susuk tubuh Faisal yang kembali mengharungi sesi latihan bersama kelab berkenaan dan telah pun meledak gol bersama satu keraian.

Menerusi perbincangan peminat bola sepak Malaysia di media sosial, ramai menyatakan itu adalah Faisal dan beliau dijangka akan kembali memperkukuhkan Selangor tidak lama lagi.

Umum mengetahui, Faisal kini masih lagi sedang berada dalam tempoh pemulihan selepas detik hitam melanda pemain berkenan sebelum saingan musim 2024/2025 bermula.

Siapa sahaja boleh melupakan peristiwa hitam yang melanda bintang bola sepak Harimau Malaya itu yang telah menjadi mangsa keganasan penjenayah menerusi simbahan asid buatnya pada bulan Mei lalu.

Simbahan asid tersebut juga menyaksikan Faisal ketika itu berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus dunia bola sepak profesional selepas kecederaan dialami beliau sangat menyedihkan.

Namun, keajaiban berlaku buat pemain yang memiliki tekad cukup kuat untuk kembali perlahan-lahan mewarnai saingan Liga M ketika ini bersama The Red Giants.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Selangor Kini, pemain tersebut telah pun disenaraikan untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 malam ini bertemu Terengganu.

“Pemain Selangor FC Faisal Halim bakal membuat penampilan sulung pada perlawanan separuh akhir Piala FA 2024 menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ, malam ini.

“Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata Faisal disenarai sebagai pemain selepas disahkan pulih daripada semua kecederaan,” ulas laman berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN