Faisal Halim: “Allah Tidak Pernah Tidur”

Faisal Halim

Pemain Selangor, Faisal Halim nyata kecewa dengan apa yang berlaku ke atas dirinya baru-baru ini.

Tonggak utama Gergasi Merah serta pasukan kebangsaan itu semalam secara rasminya telah digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama sebulan.

FAM dalam kenyataan mereka mengatakan yang Faisal digantung oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM telah menggantung Faisal selama sebulan selepas mendapati pemain itu bersalah mengeluarkan kenyataan selepas aksi menentang Sabah pada April.

“Faisal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super 2023 menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April 2023.

“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023. Bagaimanapun, Faisal hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos 2023) yang mana penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023,” kata FAM.

Allah tak pernah tidur

Nyata kecewa dengan apa yang terjadi, Faisal meluahkan perasaannya tentang penggantungan tersebut di media sosialnya.

Di Instagram, Faisal memuatnaik gambar ringkas beliau sedang menyarung jersi utama Selangor pada musim ini  dengan berkata,

“Allah tidak pernah tidur.”

Dari kenyataan Faisal itu, beliau mungkin ingin memberikan satu mesej tersembunyi berkenaan apa yang terjadi kepada dirinya.

Jelas sekali, apa yang berlaku bukan sahaja merugikan pemain tersebut dan juga Selangor, tetapi buat Harimau Malaya yang sedang menyiapkan diri untuk ke Piala Asia 2023.

Prestasi Faisal yang cukup baik musim ini bakal terganggu kerana hukuman ini. Jika benar hanya sebulan sahaja, maka masih ada masa untuk pemain ini kembali menajamkan kehebatannya sebelum ke Qatar.

GAMBAR: Shah Amirul – Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN