Faisal Halim Akui Ada Pemain Muda Ingin Tuntut Ilmu Padanya

Penyerang berbisa kebangsaan, Faisal Halim mengakui ada barisan pemain muda yang dipanggil menyertai kem latihan negara meminta tunjuk ajar daripadanya untuk menarik hati Kim Pan-gon.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya sudah pun mengharungi sesi latihan pusat sejak beberapa hari lalu selepas dipanggil Kim sebagai persediaan untuk berdepan Oman.

Malaysia yang tampil konsisten pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 mempunyai misi sukar untuk memastikan momentum tiga mata mereka tidak terjejas menghadapi Oman di gelanggang pasukan lawan.

Apa tidaknya, terdahulu Harimau Malaya meraih dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Kumpulan D selepas mereka cemerlang mengatasi Kyrgyzstan serta Taiwan untuk berada di tangga teratas bersama enam mata maksimum.

Pastinya momentum tersebut ingin diteruskan pada aksi menentang Oman ini walaupun mereka sedar kedudukan lawan juga berada pada tahap terbaik.

Walaupun begitu, Faisal meluahkan keyakinan mengenai siri latihan berintensiti dijalankan mereka kini mampu untuk memberi persaingan menghadapi cabaran lawan terutama membabitkan muka-muka baharu.

Malah, ia menjadi peluang terbaik buat mereka untuk membuktikan sesuatu kepada Kim dan para kejurulatihan lain pada sesi latihan ini sehingga mampu untuk menambat hati pengendali tersebut untuk terus disenaraikan.

Sebelum itu, Kim telah pun memanggil 33 pemain untuk menyertai kem latihan pasukan kebangsaan dengan membabitkan beberapa pemain muda yang dianggap masih kurang berpengalaman bersama Harimau Malaya.

“Pada saya sukar sebab kita beberapa bulan tanpa perlawanan. Banyak pasukan belum berlatih lagi…sebagai pemain kita kena fokus.

“Apa boleh saya katakan pemain dalam skuad kali ini sedikit ‘malang’ sebab ia memang mencabar.

“Saya faham dia (Pan-gon) buat ini sebab kita tiada perlawanan terdekat. Ada pemain muda datang dan bertanya macam mana saya main dengan corak seperti ini (intensiti tinggi), namun bagi saya ia peluang masing-masing kalau dapat ikut (Pan-gon) ini rezeki kamu untuk bersinar,” kata Faisal menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Faisal turut meletakkan harapan untuk cuba meraih mata pada kedua aksi membabitkan Harimau Malaya menentang Oman akan datang.

“Kalau kita pergi Oman dapat mata dan di Bukit Jalil (timbal balik) kita dapat mata, jadi kita sudah selamat di pusingan seterusnya.

“Tapi bila saat-saat genting cabaran jadi sukar dan ada baki empat perlawanan kita kena lakukan terbaik untuk dapat laluan mudah,” kata Faisal akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN