Fairus Shafie Tempelak Dakwaan UKM FC Pertikai Isu Kelewatan Pembayaran Hak Penyiaran

UKM FC

Setiausaha Kehormat UKM FC, Mohd Fairus Shafie menempelak laporan media tempatan kononnya UKM FC mempertikaikan Malaysian Football League (MFL) berhubung kelewatan pembayaran hak penyiaran siri kedua pasukan bertanding Liga Malaysia.

Lebih tepat, Fairus mengakui beliau kecewa dengan sikap media tersebut dengan mengambil konteks di laman media sosial tanpa merujuk apatah lagi meminta kebenaran daripadanya.

Jelas Fairus, UKM FC memandang serius dengan laporan tersebut biarpun media berkenaan tidak menamakan mana-mana individu dari UKM FC sehingga menimbulkan salah faham banyak pihak.

Mohd Fairus Shafie

“Pertama soalan daripada saya adalah siapakah wartawan itu dan bagaimana dia boleh menulis artikel tanpa meminta kebenaran daripada saya sendiri? Lebih mengejutkan dia langsung tidak menelefon saya.

“Saya cukup kesal kerana ia jelas melanggar etika kewartawanan di mana wartawan itu sepatutnya menghubungi saya. Jangan sekadar main ‘kutip’ (kenyataan) di laman sosial. Apatah lagi isu yang saya nyatakan di laman media sosial itu sama sekali tidak menyentuh hal agihan hak penyiaran MFL seperti mana artikel yang dia tulis.

“UKM FC memandang serius dalam isu ini dan kami sangat kesal kerana ada perbuatan sebegini telah memberikan impak.

“Mana-mana individu boleh buat kenyataan di laman sosial, itu adalah hak peribadi mereka dan ia menjadi satu perbuatan tidak adil jika ada mana-mana media menjadikan ia sebagai satu kenyataan tanpa merujuk atau meminta izin,” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN