Fagiano Okayama Panggil Hadi Fayyadh Jalani Ujian Pemilihan Kali Kedua

Hadi Fayyadh, Hodak

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Hadi Fayyadh Abdul Razak bakal berlepas ke Jepun untuk menjalani ujian bersama kelab Liga divisyen 2, Fagiano Okayama buat kali kedua.

Selepas membantu skuad B-19 tahun negara di Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia bulan lalu, beliau melakukan latihan secara sendiri untuk mengekalkan tahap kecergasan sebelum ke Jepun penghujung bulan ini.

Terima tawaran daripada 3 pasukan Liga Super

Bercakap kepada Berita Harian, Hadi mendedahkan tiga pasukan daripada Liga Super cuba memancing untuk mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

Bagaimanapun, Hadi menjelaskan ketika ini tumpuannya lebih terarah mendapatkan kontrak bermain di luar negara.

“Ada tiga pasukan tempatan yang tanya tetapi saya mungkin meletakkannya dalam pelan B sekiranya tak berjaya mendapatkan pasukan di Jepun.

“Saya akan berangkat sekali lagi ke Jepun pada 26 November ini untuk menjalani latihan dan ujian bersama kelab Fagiano Okayama buat kali kedua.

“Saya harap pemergian pada penghujung bulan ini berjaya. Walaupun sudah dua kali mencuba semangat saya tetap kuat dan akan berikan yang terbaik sepanjang berada di sana,” katanya

Aksi Hadi fayyadh dalam saingan kelayakan AFC B-19.

Pernah cuba nasib dengan Roasso Kumamoto

Sebelum ini, Hadi pernah menjalani latihan bersama satu lagi kelab liga divisyen dua, Roasso Kumamoto selama seminggu pada Ogos lalu namun masih tiada jawapan daripada pihak Kumamoto.

Pemergian Hadi menimba pengalaman dengan dua kelab di sana diuruskan oleh syarikat pengeluar minuman Yakult (M) Sdn Bhd yang percaya bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memiliki keupayaan untuk bersaing di liga terbaik Asia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN