Fadzrul Danel Tekad Persiapkan Diri Untuk Terus Membantu Kedah

Wira kejuaraan Piala FA Kedah, Fadzrul Danel bertekad mahu membantu Kedah dalam kempen Piala Malaysia dan selepas ini Piala AFC musim hadapan.

Kejuaraan Piala FA bermakna skuad Lang Merah akan beraksi dalam pusingan kelayakan ACL.

Nama Fadzrul Danel menjadi bualan ramai, selepas menjadi wira yang menjaringkan gol kejuaraan Piala FA untuk Kedah.

Fadzrul masuk ke dalam padang, dan hanya beberapa minit di atas padang, sentuhan pertama beliau adalah percubaan yang terus menggegar gawang lawan.

Fadzrul mengakui perlawanan final Piala FA merupakan perlawanan terbesar di dalam sejarah karier beliau. Bercakap kepada bernama, Fadzrul Danel berkata: “Ini adalah perlawanan terbesar dalam hidup saya.

“Sebelum masuk padang jurulatih, Aidil Sharin, tidak memberikan banyak arahan. Beliau hanya pesan, kalau dapat bola, cuba untuk jaringkannya. Tak sangka pula saya benar-benar dapat melakukannya.”

“Saya akan bawa pengalaman ini untuk menghadapi Piala Malaysia dan juga kejohanan AFC aka datang. Saya mahu membuat persiapan yang lebih baik untuk membantu Kedah menjulang trofi lain.”

Fadzrul Danel juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah. Fadzrul menerima banyak sekali mesej menerusi media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN