Fadhli Idris telah diberikan hukuman berat dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas tindakan luar kawalan yang beliau lakukan ketika aksi Liga Perdana tempoh hari.
Beliau yang merupakan pemain PKNP FC telah melakukan tindakan kasar ke atas pemain Terengganu, Issey Nakajima-Farran ketika perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan di Kuala Terengganu pada bulan Februari.
Fadhli dikatakan telah menumbuk pemain import Terengganu itu.
Hukuman berat
Hasil daripada keputusan mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM pada 27 Februari, mereka telah membuat keputusan untuk memberikan hukuman berat terhadap Fadhli.
Beliau akan digantung sebanyak 4 perlawanan Liga Perdana pada musim ini.
4 perlawanan tersebut adalah:
- PKNP FC menentang ATM di Ipoh (digantung secara automatik)
- JDT II menentang PKNP FC di Pasir Gudang (28 Februari 2017)
- PKNP FC menentang Sabah di Ipoh (3 Mac 2017)
- MISC-MIFA menentang PKNP di Stadium MBPJ (7 April 2017)
Fadhli juga didenda dengan denda sebanyak RM 1 ribu dan diberikan amaran keras oleh pihak FAM.
Beliau bakal berhadapan hukuman lebih berat sekiranya beliau terlibat dengan insiden yang sama di masa akan datang.
Fadhli disabit kesalahan dibawah Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015 dimana Fadhli telah melakukan “Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan”.
Beliau juga disabit dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan “perintah keluar padang”.
Kami berharap Fadhli menyesali perbuatannya dan menjadi pemain yang lebih baik di masa akan datang.
Baca juga: Pemain Pertahanan Sutton United Jadi Penjaga Gol Selepas Pemergian Wayne Shaw