Fadhil Wahab Dilantik Sebagai Pengurus Terengganu, Sasar Bawa Pulang 1 Piala

Fadhil Wahab

Selepas teka-teki mengenai siapakah bakal menjadi pengurus Terengganu berlegar-legar untuk beberapa ketika, pasukan tersebut sudah mengesahkan yang Fadhil Wahab bakal menjawat jawatan tersebut.

Ianya telah disahkan sendiri oleh Terengganu dalam sebuah siaran yang dikeluarkan oleh mereka baru-baru ini.

“Encik Haji Mohd Fadhil Wahab semalam secara rasmi telah menandatangani kontrak sebagai Pengurus Terengganu FC bagi musim 2022.”

“Beliau yang hadir ke pejabat pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd sempat memberikan pandangan berkenaan tugasan yang akan digalasnya bersama pasukan untuk musim hadapan.”

Fadhil menggantikan pengurus sebelum ini iaitu Zulfadli Rozi yang tidak lagi disambung kontrak.

Menyedari tugas berat menanti, Fadhil bakal menjalankan kerjasama yang erat dengan jurulatih iaitu Nafuzi Zain dalam memastikan Terengganu kekal kompetitif musim hadapan.

Fadhil berhajat untuk membawa pulang satu piala buat Terengganu musim hadapan selepas melihat pasukan Pantai Timur itu mempunyai kempen Liga Malaysia yang baik tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Fadhil juga berterima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengerusi Lembaga Pengarah Terenganu Football Club Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan & NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Abdullah yang mempercayainya.

Buat masa sekarang, pemain-pemain Terengganu semuanya sudah kembali melaporkan diri untuk sesi latihan pra-musim kecuali beberapa pemain import yang belum tiba.

Di luar bola sepak, Fadhil merupakan pegawai penyelaras bagi Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN