Wartawan terkenal bola sepak, Fabrizio Romano melalu ciapan terkininya mengesahkan jurulatih dari Belanda, Erik ten Hag sudah pun ditemuduga oleh Manchester United.
Temuduga tersebut dipercayai diadakan pada Isnin lalu, dan ten Hag adalah antara calon pilihan utama untuk bergelar pengurus Manchester United secara tetap mulai musim hadapan.
Manchester United have interviewed Erik ten Hag, confirmed as per @ChrisWheelerDM @SamiMokbel81_DM. Meeting took place this week. 🔴 #MUFC
Man Utd are happy with his English level – but final decision will involve many factors.
The board will interview other candidates too. pic.twitter.com/J3iwFA2DVe
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 23, 2022
Daily Mail melalui satu laporan berasingan pula mendedahkan ten Hag adalah salah seorang calon selain Mauricio Pochettino, Julen Lopetegui dan Luis Enrique yang dianggap berpotensi mengisi kerusi panas itu di Old Trafford.
Sebelum ini terdapat juga laporan media mengatakan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel turut berada di dalam senarai pertimbangan.
Namun situasi tersebut telah pun berubah, dan ten Haag kini menjadi pilihan utama syarikat pertaruhan untuk dinamakan pengendali baharu kelab dari Manchester itu.
Sebelum musim berakhir
Manchester United dipercayai mahu menamakan pengurus baharu sebelum musim ini berakhir, sekali gus membenarkan pengurus dilantik memulakan tugas sebaik sahaja musim ini berakhir.
Kelab itu juga dikatakan cukup berhati-hati dalam mengendalikan spekulasi ten Haag akan ke Old Trafford.
Erik ten Hag heeft maandag een eerste gesprek gevoerd met Manchester United https://t.co/50QumCIH9Y
— Voetbalzone.nl (@voetbalzonenl) March 23, 2022
Sumber kepada Daily Mail menjelaskan proses carian yang diketuai oleh Pengarah Bola Sepak, John Murtough dan Pengarah Teknikal, Darren Fletcher baru disiapkan pada bulan ini – untuk membenarkan proses temuduga dijalankan.
Tuchel dan Pochettino?
Tuchel sememangnya dilihat sebagai antara calon paling sesuai untuk ke Old Trafford.
Tetapi situasi di Chelsea yang sedang mencari pemilik baharu bermakna Manchester United perlu menunggu lebih lama untuk khidmat beliau – atau terlepas terus peluang jika Tuchel berjaya diyakinkan pemilik baharu untuk kekal di Stamford Bridge.
🚨 Thomas Tuchel is on #mufc's list of candidates to take over as manager. Julen Lopetegui and Luis Enrique have also joined long-term contenders Mauricio Pochettino and Erik ten Hag among some of the other names being considered #mujournal
[@ChrisWheelerDM / @MailSport] pic.twitter.com/KfCPbZPP0Y
— United Journal (@theutdjournal) March 16, 2022
Pochettino pula dianggap sebagai pesaing terdekat Ten Hag untuk mengendalikan United.
Namun masa depan pengendali dari Argentina itu untuk ke Old Trafford kini semakin sempit dan kem bekas pengurus Tottenham itu juga percaya jawatan di Old Trafford sudah hampir pasti menjadi milik Ten Hag.
Peluang Ten Hag cerah?
Di Ajax, Ten Hag sememangnya dijangka akan meninggalkan kelab itu selepas tamat saingan musim ini.
Sudah tentu United harus melakukan rundingan melalui ejengya, Kees Vos, yang merupakan individu penting merealisasikan perpindahan Robon van Persie dari Arsenal ke Manchester United sebelum ini.
Ajax pula dijangka tidak akan menghalang Ten Hag meninggalkan mereka sekiranya pengurus tersebut ingin mencari angin baharu di England.