Fabregas Perjelas Sebab Tinggalkan Arsenal

Cesc Fabregas menjelaskan beliau meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona pada 2011 kerana pelbagai sebab, termasuklah kerana hubungan dengan beberapa bekas pemain, tekanan untuk memenangi trofi dan tiadanya pembelian pemain baharu dari pihak kelab.

Fabregas menyertai Arsenal dari Barca pada usia 15 tahun pada 2003 dan kemudiannya tampil dalam 303 perlawanan di semua pertandingan sebelum kembali ke Nou Camp.

Beliau kemudiannya menyertai Chelsea dan kini beraksi bersama Monaco di Ligue 1.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1242420903239090183

Dalam satu temubual bersama Arseblog, pemain berusia 32 tahun itu mendedahkan sebab utama yang mendorong dirinya meninggalkan The Gunners sembilan tahun lalu.

Fabregas menyenaraikan beberapa sebab, namun mengakui dan berpendapat hanya pemain seperti Robin van Persie dan Samir Nasri yang mempunyai kualiti yang setara dengan dirinya.

Keadaan di Arsenal turut membuatkan dirinya sukar untuk tidur malam.

“Saya adalah kapten, dan setiasa merasakan tekanan pada diri sendiri,” kata Fabregas.

“Saya perlu memimpin pasukan ini untuk menjuarai sesuatu. Saya memberikan segalanya. Adakalanya saya menangis ketika pulang ke rumah selepas kekalahan.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1242134082374578177

“Saya selalu menderita kerana sukar tidur malam. Selepas itu anda kalah perlawanan, dan anda berada di dalam bas pulang seperti telah dimusnahkan.

“Kemudian anda mendengar beberapa pemain lain tertawa dan berbincang ke mana mereka mahu pergi kemudian.

“Perkara ini berlarutan selama beberapa tahun. Kami bermain bola sepak yang cantik, dan saya menikmati saat itu.

“Tetapi saya mulai merasakan tekanan untuk memimpin, untuk melakukan semua perkara [sendirian], sehinggalah sampai satu masa saya rasa seperti keseorangan.

“Sehinggalah kepada dua atau tiga musim terakhir, saya berpendapat hanya Robin dan Samir pemain yang [berkualiti] tinggal. Ini bukan perkara yang angkuh untuk diperkatakan.

“Ia adalah apa yang saya rasa pada ketika itu. Hanya mereka pemain yang berada di tahap yang sama dengan saya secara mental dan teknikal.

“Banyak perkara mulai saya fikirkan. Saya akui ia agak sukar. Saya menjadi kering secara mental, fizikal. Di dalam diri, saya sedar telah memberikan segalanya. Saya juga tahu kelab boleh membawa masuk beberapa pemain, namun ia tidak berlaku.

“Melihat sikap beberapa pemain pada ketika itu membuatkan saya mahu pergi ke tempat lain. Jika tidak kerana semua itu, saya tidak akan meninggalkan Arsenal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN