Fabio Capello Kini Menggangur Selepas Meninggalkan Kelab Liga Super China

Sebuah kelab Liga Super China, Jiangsu Suning mengumumkan telah melepaskan bekas pengendali Real Madrid dan England, Fabio Capello sekaligus menamatkan spekulasi mengenai kedudukannya sejak sembilan bulan lalu.

Jurulatih berusia 71 tahun yang terkenal dengan sikap tegas itu, sebelum ini menafikan berminat mengisi kekosongan sebagai pengendali skuad kebangsaan Itali dan dipecat selepas dikatakan gagal menjulang Jiangsu di  saingan Liga Super China (CSL).

Sebelum itu, bekas pemain tengah Chelsea, Ramires dan rakan senegara dari Brazil, Alex Teixeira berjaya membuktikan sentuhan mereka di negara berkenaan.

“Selepas perbincangan secara harmoni antara dua pihak, bermula hari ini kontrak Fabio Capello bersama Suning FC ditamatkan serta merta. Capello bukan lagi ketua jurulatih Suning FC,” umum kelab itu melalui laman sosial rasmi mereka.

Capello, yang menikmati musim gemilang selaku jurulatih AC Milan, Juventus, Roma dan Russia, dinamakan selaku pengendali berprofil tinggi pada Jun 2017 yang bakal berpindah ke China untuk menyertai kelab mewah yang menandatangi ramai pemain asing bertaraf dunia.

Pengendali Itali itu dilaporkan meraih kontrak 10 juta euro (RM47,9 juta) pada musim pertama mengendalikan Jiangsu yang sebelum ini bergelut dan bakal terhumban ke zon penyingkiran.

Capello mengemudi kelab ke tangga ke-12 dalam liga CSL yang disertai 16 pasukan keseluruhan.

Namun, Jiangsu, yang berpangkalan di bahagian Timur Nanjing hanya menang sekali dan tewas dua kali dalam tiga perlawanan musim ini.

Kelab itu dimiliki Suning Group dan ahli perniagaan Zhang Jindong, yang turut mengawal gergasi Serie A, di Itali iaitu Inter Milan.

Media China melaporkan, tempat Capello mungkin bakal diisi jurulatih dari Romania, Cosmin Olaroiu – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN