Fabinho: “Amat Sukar Untuk Saya Tolak Tawaran Sertai Manchester United”

Manchester United dikatakan dalam usaha untuk mendapatkan pemain AS Monaco iaitu Fabinho.

Fabinho yang merupakan antara pemain yang berjaya merangkul gelaran Ligue 1 bersama-sama AS Monaco pada musim lalu.

Kelab England itu dikatakan telah bersetuju untuk mendapatkan pemain tersebut dengan jumlah perpindahan sebanyak £26 juta.

Ia ditambah pula dengan tambahan sebanyak £4 juta menjadikan jumlah keseluruhan perpindahan berjumlah £30 juta.

Andai perpindahan ini berlaku, maka Fabinho akan menjadi pemain seterusnya yang menyertai Manchester United selepas pemain pertahanan iaitu Victor Lindelof.

Dalam pada itu, Fabinho sendiri mengakui yang beliau mempunyai keinginan untuk menyertai Manchester United.

“Amat sukar bagi saya untuk menolak tawaran untuk menyertai Manchester United.”

“Objektif saya adalah ingin bermain dengan kelab yang sebesar Manchester United.”

“Saya akan berusaha keras setiap hari untuk pastikan setiap pengkhabaran orang ramai mengenai perpindahan itu menjadi realiti.”

Jose Mourinho dikatakan sudah lama berminat untuk mendapatkan Fabinho di dalam skuad beliau.

Andai perpindahan ini berjaya, Fabinho yang bermain sebagai pemain tengah bertahan AS Monaco itu akan menguatkan lagi jentera tengah Manchester United yang dianggotai oleh Paul Pogba dan Ander Herrera.

Sumber:

  1. The Sun (2017): Manchester United move step closer to Monaco ace Fabinho with £30million fee ‘agreed between two clubs’; https://www.thesun.co.uk/sport/football/3861129/fabinho-manchester-fabinho-30million/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN