FA Youth Cup: Skuad B-18 Man United Ajar Senior Mereka Cara Menang Piala

FA Youth Cup

Awal pagi tadi, skuad B-18 Manchester United telah menewaskan Nottingham Forest untuk menjulang FA Youth Cup.

Gol pembukaan dijaringkan oleh kapten pasukan United, Rhys Bennett sebelum Nottingham Forest menyamakan kedudukan.

Dengan sokongan padu lebih 67 ribu penyokong di Old Trafford, pemain muda berbakat Alejandro Garnacho berjaya menjaringkan dua gol dalam 13 minit terakhir permainan.

United dihadiahkan sepakan penalti kontroversi, yang tenang disempurnakan oleh Garnacho.

Sebelum perlawanan bermula, Garnacho dihadiahkan trofi Jimmy Murphy sebagai pemain terbaik B-18 untuk tahun 2022.

Ia bagaikan tonik ampuh buat beliau dengan menjaringkan gol ketiga buat United pada masa tambahan.

Kemenangan 3-1 ke atas Forest ini merupakan kemenangan FA Youth Cup yang ke-11 buat skuad B-18 United.

Digelar sebagai ‘Class of 2022’, mereka mengulangi pencapaian Paul Pogba dan Jesse Lingard yang kali terakhir memenangi trofi yang sama pada tahun 2011.

Kempen FA Youth Cup bagi musim ini memperlihatkan kematangan Garnacho dengan keseluruhan tujuh gol dijaringkan. Perlawanan akhir ini juga menyaksikan rekod kehadiran penonton tertinggi dalam sejarah FA Youth Cup.

Sir Alex Ferguson dan Michael Carrick antara figura yang turut hadir memberikan sokongan.

Tidak ketinggalan pemain senior Manchester United seperti ketua pasukan Harry Maguire, David de Gea dan Bruno Fernandes turut berada di kerusi penonton.

Mereka bagaikan diajar oleh pasukan remaja ini tentang makna sebenar bagi menyarung jersi keramat Manchester United.

Rekod 11 kemenangan

Rekod kemenangan FA Youth Cup bagi skuad senior sebenarnya paling banyak dimenangi oleh pasukan Arsenal dengan 14 kejuaraan.

Kali terakhir Arsenal menjulang piala tersebut pada tahun 2020. United pula ditangga kedua dengan 12 kejuaraan, dengan kemenangan terakhir pada tahun 2016.

Diasaskan pada tahun 1952, FA Youth Cup merupakan medan ujian terulung bagi pemain remaja di England.

Bagi United, ia merupakan ujian penting untuk skuad remaja mereka bagi mengulangi pencapaian kelas-kelas terdahulu.

Salah seorang daripada pemain legenda United, George Best memenanginya pada tahun 1964.

Begitu juga dengan Class of 1992 seperti Gary Neville, David Beckham, Nicky Butt dan Ryan Giggs yang melakukan perkara yang sama pada tahun 1992.

Mampukah pemain-pemain remaja ini memecahkan tembok skuad senior seperti yang dilakukan oleh barisan Class of 1992? Ia merupakan persoalan yang bakal terjawab dengan kehadiran Eric ten Hag selepas ini.

Leave a Reply