FA Selangor Umum Ketibaan Faiz Nasir Umpama ‘The Flash’ Melalui Video Khas

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebentar tadi mengumumkan Faiz Nasir sebagai pemain baru mereka bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2019.

Menariknya, pengenalan Faiz Nasir dilakukan melalui sebuah video khas, yang memaparkan pemain tersebut berlari pantas menuju Stadium Shah Alam seperti adiwira terkenal, The Flash selepas menerima panggilan telefon daripada B. Sathianathan.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad Terengganu FC yang muncul naib juara Piala Malaysia pada musim lalu.

Bergandingan dengan Lee Tuck di bahagian tengah, Faiz tampil dalam 19 perlawanan Liga Super Malaysia buat skuad kendalian Irfan Bakti pada musim lalu.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan, Faiz sebelum ini turut dikaitkan dengan Melaka United selepas Terengganu FC sebelum itu mengesah pemain tersebut tidak lagi bersama mereka bagi saingan musim hadapan pada November lalu.

Pahang, Jengka – Terengganu player Faiz Nasir during the friendly match at Tun Abdul Razak Stadium, Jengka on 14th June 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Beraksi sebagai pemain tengah menyerang, Faiz dikenali sebagai pemain yang berani menewaskan lawan dengan kelincahan beliau.

Kebolehan utama pemain ini ialah keupayaan beliau untuk mencari ruangan kosong di celah-calah pemain lawan yang beraksi secara ultra defensif.

Selain daripada Faiz, FAS turut sudah mengesahkan Norhakim Isa, Halim Saari, dan K. Prabakaran sebagai muka baharu untuk memperkuatkan cabaran Red Giants pada musim hadapan.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN