FA Selangor Perkenal Red Giants Team Card 2020, Janjikan Lebih Dari Bola Sepak

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seperti tahun sebelumnya memperkenalkan Red Giants Team Card atau pun kad keahlian untuk musim Liga Malaysia 2020.

Mendaftar untuk mendapatkan kad keahlian ini akan menjadikan anda sebagai penyokong rasmi skuad Red Giants untuk musim hadapan.

Pelbagai faedah boleh dinikmati oleh penyokong pasukan Selangor yang memiliki Red Giants Team Card ini.

Antaranya ialah penyokong akan mendapat diskaun khas untuk pembelian tiket perlawanan secara atas talian, selain daripada potongan 10% untuk produk rasmi Selangor pada musim hadapan.

Menariknya kad keahlian ini turut memberi faedah menarik lebih daripada bola sepak.

Antaranya pemilik Red Giants Team Card turut akan menerima tawaran istimewa daripada rakan kongsi Selangor FA dari pelbagai industri.

Antara syarikat yang turut mengambil bahagian dalam menawarkan diskaun istimewa untuk penyokong Selangor yang memiliki kad keahlian ini ialah restoran dan cafe terkenal di dalam negara.

Restoran dan cafe yang dimaksudkan adalah Boat Noodle, Cold Stone Creamery Dominos’s, Chill-Chill, Humble Chef, Tryst, dan Durian Man.

Untuk keperluan bersukan, pemilik Red Giants Team Card turut akan diberikan diskaun hebat jika berkunjung ke Topper Sports dan TFC, ATF Sport Taping, dan MY-Soccer.

Ingin membina kecergasan? Pemegang Red Giants Team Card turut boleh menikmatinya di gym seperti Fuel Athletic.

Anda juga boleh memiliki kereta Honda dengan diskaun khas, dan potongan luar biasa untuk alat ganti kenderaan Honda anda.

Antara jenama lain yang turut mengambil bahagian ialah syarikat permainan video terkenal negara, Gamesbond. Nak main atau beli permainan PS4 di Gamesbond? Anda akan menikmati tawaran istimewa dengan kad keahlian FA Selangor ini.

Bagi yang ingin mendaftar untuk mendapatkan Red Giants Team Card ini, anda boleh berbuat demikian di http://faselangor.my/en/team-card

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN